Smart Circle : Dentistrone (Soal Keyakinan Hati)


"Baiklah, sebagai penutup SC Dentistrone kita pada hari ini, ana minta Muhd Faiz untuk memberikan sedikit tazkirah kepada kita semua. Sebagai bekalan rohani kita insyallah." Bahar mempelawa Faiz untuk berkongsi nasihat di dalam pertemuan mingguan mereka itu.

"Bismillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw." Basmalah dan hamdalah menjadi pembuka bicara. Faiz mengitar pandangan kepada teman-teman yang hadir.

"Saudaraku sekalian, apakah kita menyangka bahawa kita diciptakan dengan sia-sia? Tentu sekali tidak. Maha suci Allah yang menjadikan segala sesuatu
Dengan tujuannya."

"Tetapi sayangnya kita seringkali lupa dan leka kan?"
"Kita masih tidak yakin soal dosa dan pahala." Dia berhenti sejenak berkata.

"Sedangkan teman-teman... dunia ini hanyalah persinggahan... akhiratlah negeri abadi. Disana kita akan hidup kekal. Kita mesti yakin dan beriman dengan hari pembalasan, mizan, sirat, mahsyar, syurga dan neraka." Muhd Shafeeq A Halim mengangguk-ngangguk setuju.

"Persoalannya, bagaimana nasib kita disana, ditentukan bagaimana kita hidup didunia ini?"

"Adakah kita hidup mentaati Allah dan rasulullah saw? Atau kita hanya merasai dengan segala nikmat tetapi hidup berpedomankan nafsu dan bisikan musuh ketat kita iaitu syaitan? Moga-moga kita dijauhkan."

"Akhir bicara dari Faiz pada malam ini, marilah kita hidup dengan menjadikan Islam as a way of life. Moga-moga di akhirat kelak kita bisa dikumpulkan oleh Allah di dalam syurga nan abadi bersama orang-orang yang kita sayangi."

Kami semua tersenyum. Cuba menghayati peringatan tentang hakikat dunia dan akhirat. Jauh di sanubari, harapan bernyala-nyala agar kami bisa dikumpulkan di Jannatil Firdaus.
#PCIdihatikami
#Tazkirahuntukhati



Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Hijrah

Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'