Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '
" Untuk kita simpulkan pertemuan ringkas kita pada malam ini, mari kita ulang dengar kembali satu pesanan tadi." Bahar menarik nafas dalam. Pandangan mata di labuhkan pada wajah-wajah mulus ahli SC.
"Rasulullah saw pernah beesan bahawa kita ini adalah para musafir. Dunia ini hanyalah persinggahan buat kita semua. Oleh itu persiapkan bekalan sebanyaknya untuk kita hidup senang dan bahagia di negeri akhirat. Yang lebih lama dan kekal daripada dunia. Satu tempat yang memang itulah tempat tujuan kita yang sebenarnya...." Kalam itu di akhiri dengan keluhan berat yang merelungi jiwa dan fikiran. Betapa selama ini, dia yang berkata juga alpa dengan tarikan serta pesona dunia. Dalam tidak sedar, kita rupanya terlalai.
"Justeru, siri-siri peringatan atau tazkirah haruslah kita lazimi. Agar hati kita kembali mengingati akhirat. Hari ini, kamu terlupa dan saya yang mengingatkan. Tetapi boleh jadi, besok saya di lalaikan maka kalianlah yang akan mengingatkan saya kembali." Bahar berusaha menegaskan apa yang mahu disampaikannya.
Semua ahli SC memandang Bahar. Seperti menanti sesuatu. Ya, tugasan. Hakikatnya latihan.
"Baiklah, SC yang akan datang, saya akan memberikan satu tajuk untuk setiap orang. Kalian perlu mengupas tajuk itu dengan sebaiknya. Supaya apabila balik bercuti Ramadhan nanti, bolehlah berkongsi sedikit tazkirah bersama masyarakat setempat kan??" Fadhlullah di sebelah kiri Bahar meminta ruang untuk memberi cadangan.
"Bagi tajuk tu tiga hari sebelum SC paling kurang. Supaya semua boleh bersedia dengan baik."
"Okay, setuju".
"Dzarif ok tak?" Bahar cuba mendapatkan sedikit responbalas. Manalah tahu kalau-kalau tugasan itu berat bagi sesetengah ahli.
"Oh, saya dah biasa dengan tazkirah pendek ni. Bagi tajuk yang panjang-panjang lah. Tak cukup kalau 15 minit je." Dzarif tergelak kecil.
"Okay, takda masalah, saya bagi 25 minit untuk Dzarif seorang nanti."
Semua yang hadir tergelak sakan. Dzarif memang begitu. Seorang yang positif agaknya. Tidak banyak haw and hew bak kata Who moved My Cheese?
— with Epan Rahman, Dzarif Dziauddin, Muhd A Halim, Ariff Faizi, Fadhlullah Ismail, Muhd Faiz, Faiz Iqbal and Abdullah Mohd.

23 April 2015
Comments
Post a Comment