Cerpen : Angin Perubahan
SATU
Pagi yang indah dan ceria. Tanggal 11 Oktober 2014. Kelas pengajian Kuliah Tahun Empat sudah pun bermula pada hari ini. Cuti musim panas selama tiga bulan telah selamat dilaluinya. Tiga bulan berada di Kelantan, pelbagai aktiviti dia lakukan. Namun, semua itu sudah menjadi kenangan. Hari yang baru sudah membuka tirai. Ingatan semalam akan tetap dipasak dihatinya.
Awang menyikat rambutnya setelah di kenakan sedikit minyak rambut. Memang sepanjang tiga tahun yang lalu, dia tidak gemar menyikat rambut. Inikan pula mengenakan minyak rambut. Tetapi tahun ini berbeza, dia mahu mengubah penampilannya agar sesuai dengan profesion kedoktoran yang sedang diceburinya. Kata-kata ibu masih lagi terngiang-ngiang; “Awang, kalau nak jadi doktor… pakaian kena kemas,rambut kena kemas. Barulah pesakit tengok pun akan senang hati.” Awang tersenyum mengingatkan kata-kata itu.
“Awang, jom gerak ke kelas! Nanti lewat pula kita.” Amir memanggil dari ruang tamu. Amir ,Farouq dan Izzat sudah siap untuk ke kelas. Hanya menanti Awang yang masih di biliknya.
***
Tramco merah mula bergerak setelah Awang menutup pintu masuk penumpang. Tramco menelusuri jalan pantai yang sedang sesak dengan kenderaan-kenderaan di waktu pagi ini. Awang melontarkan pandangan mata ke sebelah kanannya. Lautan Mediterranean berwarna biru tua luas terbentang. Pandangannya kosong.
Ketenangan segera meresap ke atma. Matanya masih setia melihat keluasan laut yang sungguh saujana mata memandang. Bunyi hon kereta bagaikan hilang begitu sahaja. Termenung.
“Mampukah aku berubah pada tahun ini ? Atau segala impianku untuk berubah akan tenggelam seperti tahun-tahun yang lalu ? Lantas karam dalam kepantasan masa dan kesibukan belajar. Mampukah aku … ? ” Awang bermonolog sendirian. Menimbulkan persoalan yang sedari tiba ke Iskandariah lagi difikirkannya. Dia menarik nafas dalam.
***
Usai satu jam berteleku di kerusi dewan kuliah akhirnya kuliah pertama mereka pada hari ini tamat jua. Koordinator department, Prof Faten yang memberikan kuliah tadi segera berlalu ke pejabatnya. Berat juga mereka rasakan walhal kuliah tadi hanyalah berkisar tentang pengenalan kepada ‘Ophthalmology Department’ dan sedikit pengulangan Anatomy dan Histology mata manusia. Mungkin kerana masing-masing sudah lama bercuti.
Wafi maju ke hadapan ruangan dewan kuliah seraya mencapai mikrofon. Dia meminta teman-teman yang hadir untuk tunggu sebentar kerana mahu mengadakan pemilihan ketua kelas yang baharu. Suasana dewan yang tadinya riuh dengan cerita sana-sini kini hening seketika. Semua yang ada di dalam dewan mula memberi perhatian.
“Assalamualaikum, terima kasih kepada semua yang sudi memberi perhatian kepada saya.”
“Baiklah. Insyallah, hari ini kita akan membuat pemilihan SR baru. Justeru, saya minta tiga cadangan nama dari pihak ikhwah dan tiga nama juga dari pihak akhawat. Boleh ya.”
Farouq secara sukarela membantu Wafi membuat pemilihan. Dia mengambil posisi disebelah papan hitam. Kapur di pegang siap. Menanti nama-nama yang akan dicadang.
“Saya mencadangkan Akram Naufal.” Kedengaran jelas suara Abdullah dari baris ketiga bahagian kanan dewan.
“Saya calonkan Farhan Yusuf sebagai ketua.” Giliran Akram Naufal pula mencadangkan nama.
Dewan sepi seketika, masing-masing memandang antara satu sama lain. Mencari-cari kelibat yang mahu dicadangkan sebagai ketua kelas.
Zainuddin bangun dari tempat duduknya. Berdiri sambil mengangkat tangan meminta izin untuk mencadangkan satu nama.
“Silakan Zainuddin.” Wafi segera merespon.
“Saya cadangkan SR baru kita ialah… Awang Hassan.” Terpaku Awang mendengar namanya dicalonkan menjadi ketua kelas.
“Baiklah kita sudah ada tiga nama. Jadi, cadangan ditutup. Saya minta sahabat-sahabat yang dicalonkan untuk menunggu diluar dewan.” Tiga calon ketua kelas segera bergerak keluar dewan. Pengundian ringkas berjalan lancar. Akhirnya satu nama telah dipilih untuk memikul tanggungjawab sebagai SR pada sesi kali ini. Apa-apa hal berkaitan akademik, SR lah yang akan bertanggungjawab.
“Alhamdulillah, kita sudah selesai memilih ketua kelas yang baharu. Keputusan pengundian tadi, SR yang dipilih ialah saudara Awang Hassan.” Tepukan tangan terus bergema mendengar keputusan itu.
“Saya minta seorang sahabat untuk memanggil calon-calon yang berada di luar dewan.” Hafiz yang berada paling hampir dengan pintu dewan segera bangkit memanggil teman-teman. Yang pertama memasuki dewan ialah Akram Naufal,tepukan segera mengiringinya. Kemudian muncul pula Farhan Yusuf di muka pintu dewan. Juga di iringi tepukan gemuruh.
Mata-mata yang ada didalam dewan terus menatap daun pintu. Tangan mereka sudah siap untuk memberikan tepukan paling gemuruh untuk SR baru mereka. Menunggu hadirnya kelibat Awang. Beberapa minit berlalu namun Awang tidak juga kunjung tiba.
“Tidak mengapalah. Yang penting kita sudah memilih SR baru. Baiklah, saya sebagai AJKT Biro Akademik PCI ingin menyampaikan beberapa perkara berkaitan urusan akademik kita semua.” Wafi terus menyampaikan maklumat terbaru yang diperolehi dari pihak Universiti tanpa menanti lagi kelibat Awang.
“Eh Bahar, mana sahabat baik enta ? ” Umar Zainuddin menyiku Bahar yang masih setia menanti Awang memasuki dewan kembali. Tangannya menongkat dagu.
Bersambung...
DUA
Awang melangkah masuk ke dalam dewan kuliah setelah dipastikan semua pelajar beredar pulang. Dia terus mencapai beg galasnya. Matanya tajam menangkap sehelai kertas yang disisipkan pada poket beg. Segera di ambil dan dibacanya;
“ kita tidak meminta amanah diberikan
tetapi ingatlah Allah tidak membebankan
kita sesuatu melainkan apa yang kita sanggup dan mampu.
Selamat berkhidmat Awang ! ” – Bahar.
Nafas ditarik dalam lalu dihembus penuh kekecewaan. Di beri jawatan bermakna diberikan amanah. Dan setiap amanah akan dipersoal dan diminta pertanggungjawaban. Falsafah yang sudah sedia Awang maklumi. Tetapi bagaimana orang seperti dia akan dapat melaksanakan tugas dengan baik ? Bimbang nanti, amanah dikhianati kerana kelemahan dirinya. Kertas itu kembali disimpan di dalam beg. Dia mengatur langkah untuk terus pulang ke rumah,Bait Mumtaz.
***
Minggu pertama sebagai SR berjalan lancar. Penampilannya mula ketara berubah. Bahkan, selalu awal datang ke kuliah. Dia sedang melakar sejarah perubahan hidupnya dengan caranya sendiri. Namun sayangnya, perubahan itu tidak bertahan lebih dari seminggu. Tabiat buruknya kembali semula. Bagai tidak mahu berpisah dengan jiwa dan raganya.
Lalu bahtera perubahan yang di naikinya tenggelam dan karam pula. Entah bilakah lagi akan timbul kembali ke permukaan realiti ? Awang tewas dengan tabiat buruknya. Masih lagi segar dalam mindanya kata-kata seorang sahabat mencemuh perubahan dirinya yang bagaikan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebentar.
“Allah… aku mahu berubah ke arah yang lebih baik. Bantulah ya Allah, hambamu ni.” Terluah jua doa penyerahan dirinya kepada Sang Pencipta. Dia sedar, dia tidak mampu berubah tanpa bantuan-Nya.
***
“Zainuddin, cepatlah bersiap! Dah nak pukul 3.30 petang ni. Mesyuarat dah nak mula dah. Enta jangan main-main dengan masa dan janji.” Bahar menggesa Zainuddin yang masih sibuk menyiapkan tentatif program. Orang yang selalu buat kerja last minute, itulah Zainuddin. Lagi lima minit mesyuarat dijangka bermula, namun Zainuddin belum lagi bergerak bahkan berangkat dari rumahnya pun belum . Bahar menggeleng kepala mengenangkan sikap Umar Zainuddin. Teruk.
Bahar berjingkit keluar dari rumah Bait Soleh meninggalkan Zainuddin yang selalu lewat itu. Selalu datang lambat.
“arghh… banyak betul kerja aku. Masak untuk housemate pun belum lagi. Dah la hari ni giliran aku memasak. Takpalah, aku masak lepas maghrib lah. Lagipun malam ni tak ada kerja rasanya.” Zainuddin mengomel sendirian sambil menyarungkan kasut jenama Rocky.
Baru beberapa langkah dari bangunan rumahnya, terus sahaja satu mesej memasuki inbox Whatsappnya. Telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluar sebelah kanan. Mesej dibuka.
‘Salam, nak minta tolong jadi mushrif malam ni. Lepas solat maghrib. Saya ada SC kat asrama MARA. Boleh x ? ’ – Hayati.
Kepalanya digeleng-geleng. Mesej dari Hayati dibiarkan saja. Tidak memberi sebarang respon. Langkah terus di atur. Teratak Iskandar menanti-nanti ketibaannya. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Seminar Perubatan sudah pun bermula. Zainuddin telah dilantik sebagai AJK Unit Pengisian Program sejak dua bulan yang lalu. Dan pada mesyuarat kali ini, dia ditugaskan membentangkan rangka kasar susun atur program.
“Al-wajibatu aksaru minal auqat! Ingat tu hai orang yang bernama Zainuddin!” Dia memberi peringatan buat diri. Lalu melangkah masuk menyertai mesyuarat yang sedang berlangsung. Mesyuarat berjalan lancar dibawah seliaan Amir Lukman sebagai Pengarah.
Kamil Hadi menahan Zainuddin yang sedang melangkah keluar dari Teratak Iskandar. Zainuddin mengikut sahaja perintah sahabat karibnya. Sahabat yang dari tahun satu selalu bersama hinggalah sekarang. Mereka saling mengenali walau berlainan rumah. Namun, kerana berada dalam kelas yang sama, keakraban mereka terbina. Walaupun begitu, Kamil dan Zainuddin sebenarnya sentiasa bertentangan. Pelik.
“Eh, kau ni selalu je datang lambat. Semua benda kau lambat. Kecuali program yang kau jadi pengarah, baru datang awal. Apa nak jadi dengan kau ni Zainuddin ?” Kamil tanpa bertanya lanjut lagi terus melontarkan kritikan. Zainuddin selamba sahaja sambil mengangkat kedua keningnya. Mengambil sikap acuh tak acuh.
“aku rasa kau takkan berubah. Dan kau tak boleh berubah. Kau akan jadi seperti yang aku kenal sejak dari tahun satu dulu. Seorang yang selalu… lambat.”
Kali ini riak muka Zainuddin sedikit berubah. Tona wajahnya kemerahan. Lantas dia berlalu begitu sahaja. Berjalan berseorangan. Bahar juga ditinggalkan dibelakang bersama Kamil walhal mereka tinggal serumah.
Bersambung…

TIGA
Malam itu Zainuddin hanya berkurung didalam bilik. Hanya keluar untuk ke masjid sahaja. Kemudian terus terperap di dalam bilik. Jam 11 malam, lampu bilik dipadam. Berat rasanya untuk berfikir masalah dirinya. Biarlah semuanya hilang dibalik mimpi-mimpi indah. Dia cuba untuk lari dari masalah yang membelenggu.
“Dawud Al-Hawariy, enta lapang ke sekarang ? Ana ada nak minta tolong sikit. Boleh ? ” Zainuddin berdiri dihadapan meja belajar Dawud. Temannya yang sedari tadi sedang menghafal pelajaran hadis berhenti sejenak. Merenung wajah mulus Zainuddin. Misai dan janggut pun tidak ada lagi. Peperiksaan syafawi madah Al-Quran PMRU berbaki lagi seminggu. PMRU adalah peperiksaan besar bagi pelajar tingkatan dua pelajar sekolah agama rakyat.
“Ana sentiasa lapang untuk enta, Zainuddin. Apa yang boleh ana bantu enta ? ”
Dahi Zainuddin sedikit berkerut. Terasa sukar untuk melafazkannya. Tetapi kalau bukan sekarang bila lagi ?
“Tolong ajar ana baca ayat-ayat surah pilihan ni. Imtihan syafawi dah tak lama. Maaf la Dawud. Ana lemah bacaan Quran ni.” Zainuddin tertunduk malu. Terasa rendahnya diri. Walaupun sudah berumur 14 tahun, namun dia masih belum lancar membaca Al-Quran.
“Ooo… boleh je. Tak ada masalah la Zainuddin. Enta jangan segan dengan ana. Baguslah enta sudi belajar. Kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak berubah? Ana percaya, enta pasti boleh baca Al-Quran dengan lancar lagi lepas ni. Yang penting kita selalu latih diri kita.”
Kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak berubah.

Kalimah itu berulang-ulang di telinga Zainuddin. Semakin lama di ulang, semakin kuat bunyinya. Zainuddin gelisah. Matanya dibuka luas. Jam ditangan sudah pukul lima setengah pagi. Waktu Subuh sudah pun masuk. Dia segera bangkit ke bilik air untuk berwudhuk.
***
Minggu demi minggu berlalu. Hinggalah genap tujuh minggu. Sepanjang tempoh itu, Awang Hassan menggalas amanah sebagai SR. Dan dia berusaha untuk datang awal ke kelas. Satu perubahan yang dipaksa juga. Dan terpaksa pula berpakaiana kemas dan berambut kemas.
Ya lah, SR orang yang selalu berhubung dengan doktor-doktor dan profesor. Sekaligus membawa imej mahasiswa Malaysia. Rasional itu datang sendiri. Hasil didikan insan yang berpengaruh didalam hidupnya.Tujuh minggu posting Ophthalmology akhirnya akan ditamatkan dengan peperiksaan akhir round pada hari ini, 1 Disember.
Jam tujuh pagi, Awang masih lagi menelaah buku teks Ophthal. Tiba-tiba, aplikasi WhatsApp berbunyi. Satu pesanan ringkas masuk ke telefon pintar. Segera mesej dibuka.
| Bittaufiq wannajah Imtihan EOR Ophthal.
Jom berkumpul macam biasa hari ini.
Kita jumpa selepas Asar kat tepi pantai. - Bahar |
| Ameen. Okay. Ajak Zainuddin sekali. – Awang |

EMPAT
“Assalamualaikum. Awal sampai SR.” Bahar menegur mesra. Mereka bersalaman.
“Waalaikumussalam, mestilah awal. SR kan. Haha… ” Awang tergelak sendiri.
“Eh, tak ajak Zainuddin sekali ke ?”
“Ajak je. Nanti jap lagi dia datang. Dia singgah kedai Asir Mekkah jap.”
“Ooo.. ye ke ?”
“Tahniah Awang! Mantap la enta ni.” Awang menoleh temannya kehairanan.
“Tahniah untuk apa ? Result Opthal tadi mana keluar lagi.” Kehairanan Awang tidak segera dijawab. Bahar merenung Laut Mediterranean yang terbentang luas.
“Awang, ana tahu enta berusaha keras. Dan enta selalu berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bagus! Dalam hidup ni, kita sentiasa berada dalam keadaan turun dan naik. Kadang-kala kita terkedepan, dan ada masa kita berada paling belakang. Tetapi yang paling penting, kita mesti sentiasa bangkit melawan. Terus maju dan mara ke arah lebih baik. Begitu lah seharusnya tiap-tiap muslim. ”
Zainuddin tiba sambil membawa dua plastik berisi Jus Fankush. Tanpa banyak bicara, dia terus menyertai perkumpulan hari ini. Bahar kembali meneruskan kalam. Kami semua merenung laut. Cuba untuk saling berpesan dengan kebaikan dan kesabaran.
“Tapi… ana rasa nak futur je lepas ni” Awang meluahkan apa yang memberati kepalanya.
“Aku pun rasa tengah futur jugak sekarang ni. Dah mula rasa malas nak buat gerakkerja. Entah berapa tugasan aku tangguhkan begitu sahaja. Tak da alasan. Aku sekarang lebih suka berdiam dari memberi respon dalam apa-apa media.”
Zainuddin menokok tambah. Berkongsi masalah yang hampir sama.
“Rasa kecewa dengan sikap sendiri. Benarlah… pegang taklifan tak senang. Selain sibuk dengan tugasan, kita juga sering berhadapan dengan perangai dan kerenah manusia. Macam-macam.” Awang meluahkan lagi apa yang terbuku di jiwanya.
“Sebab itulah, kita kena ikhlaskan niat… kerja yang kita buat bukan kerana orang tapi kerana Allah.” Bahar segera menamatkan keluhan Awang. Orang mukmin tidak seharusnya selalu mengeluh. Semua yang berlaku adalah baik untuk kita.
“Ingat tak satu hadis yang abang Fikri kongsikan bersama di dalam usrah masa kita tingkatan lima dulu? Waktu tu, kita buat rehlah kat Jeram Mengaji. Ingat tak ?” Bahar cuba mengajak temannya, Zainuddin dan Awang yang satu sekolah dan satu usrah dengannya dulu untuk kembali memanfaatkan pesanan naqib usrah mereka.
Zainuddin dan Awang geleng kepala. Lupa. Lima tahun sudah berlalu. Abang Fikri pun sekarang sudah mendapat anak pertama. Cepatnya masa berlalu.
Bahar mengeluarkan kitab Hadith 40 hasil susunan Imam An-Nawawi dari begnya.
Lantas membaca hadis ke-36 :
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa baginda bersabda: “Sesiapa yang meringankan seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat.”
“Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat.”
“ Sesiapa yang menutup aurat atau keaiban seorang muslim, Allah akan menutup aurat dan keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. Hadis Riwayat Muslim.”
Kitab hadis dimasukkan kembali ke dalam beg. Bahar merangkul bahu temannya. Disebelah kiri dan kanan. Sambil menepuk-nepuk lembut.
“Memang susah kerja yang kita buat. Namapun amanah kan? Tapi sesusah mana pun, kita kena ingat balik hadis tadi. Apa yang kita buat ada balasannya di akhirat kelak. Perjuangan kita bukan mainan. Dan sikap kita, kita mesti ubah untuk kita lihat fajar baru Islam. Kalau kita tak berubah,adakah kita nak tunggu generasi Islam yang ke berapa… ? baru Islam boleh baik semula ?”
“Ingat tiga perkara. Sabar. Sentiasa Bangkit. Dan Positif. Insyallah, masa depan yang cerah itu untuk kita.”
“Okay lah. Jom ke masjid sahabat. Kita solat maghrib kat sana. Aku suka imam masjid tu. Bacaan dia merdu. Tajwid thumbs up la. Baca panjang pula tu. Layan oo… .” Zainuddin menamatkan pertemuan senja itu. Lantas Zainuddin dan Awang segera bangkit. Bahar masih merenung jauh. Jauh ke ufuk sana.
***
Angin perubahan akan selalu bertiup dalam hidup kita. Ia mungkin datang menerpa dari mana-mana arah dan sumber. Cuma yang tinggal lagi, adakah kita orang yang akan mengambil manfaat dari angin perubahan itu?
***
Tamat.
Zainuddin
1 Disember 2014
Alexandria.

Comments
Post a Comment