Cerpen - “Bahar, semoga kita dapat bertemu lagi."
Bertemu dan berpisah
Adalah sebahagian
Dari perjalanan hidup ini.
Maka terimalah hakikat ini
Dengan hati yang sabar dan redha.
Deruan angin dari lautan Mediterranean tidak akan lagi ku dengar buat seketika. Bisikan bayu yang berhembus di jendela bilik jua akan menjadi ingatan. Tazkirah terawih dan doa witir para Imam yang sentiasa menyentuh hati pasti jadi kerinduan. Bait As-Soleh juga bakal sunyi buat beberapa bulan.
Aku mengangkat dua bagasi keluar dari rumah seusai solat sunat musafir. Semua kelengkapan sudah diperiksa dengan sebaiknya agar tiada barang yang tertinggal. Pintu Bait As-Soleh ditarik rapat. Dikunci rapi. Seraya aku berdoa semoga sepanjang peninggalan ini, semuanya dalam jagaan-Nya. Kepada siapa lagi letaknya pengharapan dan penyerahan kalau bukan kepada Allah. Sesungguhnya hanya kepada Allah lah kita bertawakkal.
Aku mara menuju ke arah Nafaq Camp Caesar yang menjadi stesen menunggu. Van Tramco bakal tiba di situ pada pukul 1 tengahhari. Lagi setengah jam tetapi aku sengaja tiba lebih awal.
***
Bahu kananku di sapa mesra. Ucapan salam mengiringi sama. Aku segera menoleh ke kanan. Senyuman bertukar senyuman. Aku terpana bagaimana dia boleh hadir ke sini saat ini. Sedari tadi aku tenggelam dalam lamunan. Namun sekarang lamunan itu pergi meninggalkan aku di alam nyata bersama seorang teman yang ku segani.
“Pukul berapa Tramco sampai ?”
“Pukul satu tepat insyallah.”
“Omar, kau kan dah nak balik bercuti kat Malaysia . Tetapi kena muka tu nampak tak gembira je ?”
“Bahar, kau ni memang prihatin la. Ada je benda yang kau perasan ya.”
Aku mula buka cerita kepada teman rapatku. Sememangnya dia selalu menjadi pendengar yang setia. Satu demi satu masalah yang ku hadapi aku ceritakan. Aku tahu dia pasti memberikan jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan. Orangnya suka berkongsi. Tidak lokek ilmu.
“Kau ingat lagi tak tazkirah Syeikh Muhammad Basioni. Masa kita solat terawih kat Masjid Mustafa baru-baru ni ?”
“Pasal apa ya ?” Aku bertanya kerana malas berfikir.
“Syeikh Muhammad Basioni pesan, dia kata… apabila Allah sayang kat seseorang hamba tu maka dia akan berikan ujian kepada hamba tersebut. Supaya hamba itu kembali kepada Allah. Semakin erat dengan Allah. Omar, Allah tak berikan ujian kepada kita tanpa tujuan. Pasti ada hikmah. Percayalah. ”
Aku mendengar dengan teliti tazkirah itu. Cuba untuk menghayati dan mengambil pengajaran. Sepanjang tahun tiga ini, aku sentiasa terfikir diriku sungguh malang. Ditimpa berbagai ujian. Diriku jua penuh dengan kekurangan. Mujurlah dengan rahmat Tuhan, maka segala keaiban manusia itu tertutup dari pandangan manusia lain.
Segala kisah duka, kesusahan dan kekurangan diri segera hadir saat ini. Menyergah jiwa yang muram. Tangan kanan ku angkat untuk menutup dua mataku. Aku memejam mata sekuat mungkin. Segala yang hadir saat ini ku padukan hingga manik-manik jernih mula membasahi pipi. Rasa segan untuk menangis ku abaikan saja. Bahar diam dari berbicara. Tangannya menggosok dan menepuk-nepuk belakangku. Cuba untuk memujuk.
“Omar, cukuplah. Usah bersedih lagi. Ingat pada kata-kata yang selalu kau tulis.”
“Bagi aku harapan ada. Remember.”
“ Percayalah, harapan sentiasa hadir dalam hidup kita ini.”
“Pulanglah bercuti dengan tenang. Ingat, kesusahan kita sebenarnya masih kecil kalau dibandingkan dengan mereka-mereka yang lain. Hadapilah kesukaran itu dengan sabar. Dan cubalah perbaiki kekurangan-kekurangan mu itu. Aku sangat percaya kau boleh berubah. ”
“Omar, cubalah kau ingat kembali kisah Saidina Umar Al-Khattab dan para sahabat Rasulullah saw yang lain. Sebelum Islam datang mereka punyai kekurangan dan kesilapan namun setelah mereka memeluk agama ini… mereka berjaya berubah. Sememangnya Islam adalah agama yang rahmat.” Aku hanya membisu seribu bahasa. Perlahan-lahan aku menggangguk kepala beberapa kali. Air mata diseka dengan lengan baju.
“Terima kasih Bahar. Kau selalu bagi aku harapan walau kau tahu aku banyak kelemahan.” Aku cuba mengukir senyuman walau ianya susah untuk hadir saat ini. Hembusan nafas berat berbaur penyesalan segera ku lepaskan.
“Bahar, kau memang tak nak balik ke cuti summer ni ? Ada orang rindu nak jumpa kau.”
“Tak.”
***
Teksi berwarna kuning hitam berhenti betul-betul di belakang Tramco yang kami tempah. Seorang akhawat bertudung biru laut keluar dari perut kereta. Terus berjalan laju menuju ke arah aku. Dia tergesa-gesa. Di tangannya, dia membimbit bungkusan sederhana besar di dalam plastik lutsinar.
“Eh Achik, kenapa muka macam baru nangis je ni ?” Kak Hajar menyapa adiknya itu.
“Mana ada. Kak Hajar dari mana baru datang ni ? Mujur Tramco kami tak gerak lagi.” Aku cuba mengalihkan tajuk. Di depan sana, 5 orang sahabat seperjalanan sudah mula memasukkan barang ke dalam Tramco.
“Sorry, Kak Hajar baru habis kelas. Kuliah ophtal memang selau lama. Rakan sekelas akak suka tanya soalan selepas kuliah. ” Kak Hajar menjawab sambil matanya melirih ke arah teman disebelahku. Sebelum ini sudah berpuluh kali dia mengatakan wajah ku sangat mirip dengan wajah Bahar. Bezanya Cuma rambutnya lebih pendek dan kemas. Serta berkulit cerah. Kakak kata dia pernah nampak Bahar semasa kecil dahulu. Ketika kami bercuti di Pantai Melawi bersama Abah dan Umi. Tetapi mungkin itu kebetulan sahaja.
“Benda apa dalam plastik tu? Nak kirim kat sapa ?”
“Ada la. Mana boleh bagitau. Biar tuan dia la yang tengok nanti. Tolong kirimkan kepada Abe dan Adik ya. Kata tu ole-ole dari Andalusia. Okay ?”
“Okay.”
“ Kak Hajar, Achik dah nak bergerak ke El-borg dah ni. Jaga diri elok-elok kat Alex ni. Guna mushrif. Jangan segan nak minta tolong ikhwah. Nanti study hard untuk exam ophtal. Umi selalu pesan tu.” Aku bersalaman dengan kakakku lantas bergerak ke Tramco. Sahabat yang lain sudah sedia menunggu untuk bergerak. Pemandu Tramco membuat isyarat cepat kepadaku. Bahar turut sama membantu mengangkat bagasi ke dalam Tramco.
“Bahar, jangan tinggalkan ana ya. Nanti mesej la guna WhatsApp tu. Semoga cuti summer kau kat Mesir ni kau dapat capai misi kau tu. Aku doakan. Jumpa kau lagi lepas cuti summer ni.”
“Baiklah. Kau pun jaga diri la kat Malaysia tu. Kirim salam kepada Abah dan Umi. Dan doakan Palestin juga tu.”
Tramco mula bergerak menuju lapangan terbang El-Borg. Jujurnya, sedari aku mengangkat bagasi masuk ke Tramco hinggalah aku mengucapkan salam kepada Bahar dan Kak Hajar,mata teman-temanku tidak henti memerhati dengan penuh kehairanan.
“Aku juga hairan, kenapa Bahar memberi panggilan Abah dan Umi kepada ibubapa ku?” Aku bermonolog sendirian.
“Bahar, semoga dapat bertemu lagi.”
Ditulis pada : 14 Julai 2014

Comments
Post a Comment