Cerpen : Alpha siapa hebat !!!



" Alpha ! "
" Siapa hebat ? "
" Alpha ! "
" Siapa kuat ? "
" Alpha ! "
" Siapa menang ? "
" Alpha ! "
" Alpha. Alpha. Alpha. Alpha. Alpha. "
" Aauuummm... ." Mengaum seperti harimau Malaya lagaknya.

Afiq menjerit sehabis suara demi menaikkan semangat juang pasukan Alpha. Setiap ahli pasukan turut serta bersorak. Sorakan itu berjaya menenggelamkan sorakan pasukan lain.
Awang pula tegap berdiri sambil mengibar bendera kuning Alpha. Ke kiri dan kanan. Tampak meriah sekali.

Kapten Dzarrin tersenyum gembira. Senyuman yang di ukir tanpa paksa. Semua orang pada hari ini merasakan kegembiraan. Roh ukhuwah segera menyelinap di antara kami.
Sesungguhnya, saat ini pasti akan di rindui suatu masa nanti.

Kini, program SC BRO sudah sampai ke penghujung aktiviti. Para sahabat masih tidak berganjak dari padang Paediatrik walau sedari mula menghadirkan diri. Kerana SC BRO berjaya memberi penangan yang luar biasa. Tiada kaki yang akan menjejak keluar kecuali setelah semua orang bersama-sama pulang. Itulah semangat kebersamaan.

***

Sepuluh pemuda gagah sudah siap bertempur. Irhamni dibarisan paling akhir sudah siap melilit tali dengan sempurna pada badannya. Kaki ahli pasukan mula dipasak ke bumi. Otot-otot tangan dan kaki diletakkan dalam keadaan bersedia. Hanya menanti pengadil memulakan pertarungan.

Hasif bergegas lari hampir ke barisan depan. Dia akan mengetuai sorakan bersemangat sekaligus membina strategi pertarungan. Penyokong pasukan Alpha siap berbaris dari arah mentari terbenam. Awang mengibar-ngibar bendera kuning. Baginya itulah panji pasukan. Dia mahu merasakan semangat kaum mukminin yang memegang panji-panji Islam suatu ketika dulu. Gah.

" Satu... dua... mula ! ", pengadil memulakan perlawanan 'Tug of War '.

" Satu... dua... tarik... ! " ,kalimah itu di ulang-ulang. Cuba di serasikan dengan momentum pasukan. Kalau sebut terlalu laju,nanti pasukan akan keletihan. Dyspnea mungkin berlaku.

Pasukan Delta mula tergugat. Pertahanan mereka tidak berjaya dikekalkan dengan baik. Kesempatan ini terus dimanfaatkan. Tarikan demi tarikan terus menggasak pasukan Delta. Akhirnya, Alpha berjaya mengheret pasukan lawan tumbang menyembah bumi.

" Alpha ! "
" Siap hebat ? " ,sorakan kemenangan terus bergema. Pertarungan tarik tali akhirnya dimenangi pasukan kami.

***

"Bahar... jom pergi kelas. Hari ni kan dah mula 'light saving' . Kelas mula pukul 7pagi lah hari ni ", Syafiq Ramli mengajak temannya yang sedari tadi sedang asyik melihat foto SC BRO.
Gambar-gambar yang menarik sepanjang program disiarkan pada 'page' PERUBATAN. Supaya ahli yang tidak bisa hadir juga merasakan aura SC BRO semalam.

" Oh, ya la. Tunggu 3 minit ya. Nak menunaikan hak sendi-sendi sekejap", Bahar terus bangkit dari kerusi rodanya. Kenangan semalam tetap akan menjadi kenangan. Hidup mesti terus ke depan walau apa pun cerita semalam. Sedih atau gembira. Kerana perjalanan masih lagi panjang.

Syafiq garu kepala yang tidak gatal.

" Hak sendi-sendi ? Apa benda tu? "

Bersambung... .



Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Hijrah

Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'