Cerpen : Hijrah

Tiang utama masjid menjadi pilihan. Ismail bersama sejadah dan pelitup mukanya berteleku di situ. Norma baru ke masjid. Malam hari kedua Bulan Muharram ini, masjid menganjurkan ceramah sempena Tahun Baru Hijrah. Sudah lama Ismail tidak duduk duduk dalam Majlis ilmu atau tazkirah selepas maghrib. Semenjak covid19 melanda negara.

Ustaz penceramah memakai baju serba putih dengan rambut dan janggut yang kian memutih. Pesannya...

"Sempena sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, kerajaan negeri membawakan tema, Insan Rabbani, Masyarakat Harmoni."

Insan Rabbani maksudnya manusia yang gerakkerjanya atau kelakuannya yang mengikut petunjuk Tuhan. Untuk jadi insan rabbani, kita kena bina dalam empat aspek.


Rohani/spiritual.

Jasmani/Fizikal.

Aqli/Mental.

Emosi.


Nak bina rohani yang rabbani, kita cuba tadabur ayat 112 dari surah attaubah.

Terjemahan ayat itu; "(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."

Pertama, kita kena jadi orang yang sentiasa bertaubat. Sebelum tu, hadirkan dulu rasa bersalah. Banyak dosa. Lantas di iringi dengan istighfar. Minta Allah ampun dosa kita.

Kedua, kita perlu usaha menjadi orang yang sentiasa beribadah. Sokmo fikir nak buat ibadah. Kita ni menghala kepada kematian dah. Jadi banyakkanlah ibadah.

Ketiga, alhamidun. Orang-orang yang sokmo memuji dan bersyukur kepada Allah. Susah atau senang, alhamdulillah sokmo. Gembira dengan pemberian Tuhan. Kita boleh mari masjid ni, alhamdulillah. Kalau selipar kita kena curi pun alhamdulillah. Boleh beli selipar baru. 

Keempat, assaaihun. Ada juga ulama menafsirkan dengan berpuasa. Justeru, kita patut membanyakkan puasa. Puasa bulan ramadhan. Puasa sunat isnin khamis. Puasa hari putih. Puasa bulan Muharram ni. Puasa hari asyura. Kita pakat puasa deh.

Kelima dan ke-enam, orang-orang yang rukuk dan sujud. Perbanyakkan solat. Jaga solat lima waktu. Amalkan solat sunat. Paling kurang, kita orang yang hala ko nak mati ni, kena buat la tahajud dua rakaat.

Allahurabbi. Nak masuk isyak dah. Ambo nak gi ngatik lepas isyak ni. Sahabat baik ambo meninggal. Kita sambung sikit lagi deh. Laju-laju.

Ketujuh, menyuruh diri kita dan masyarakat kita untuk berbuat baik. Kita solat dan suruh keluarga masyarakat kita solat.

Kelapan, kita melarang diri kita dan melarang orang sekeliling kita dari berbuat jahat. Kena cegah perkara munkar. Kalau tak cegah, lama-kelamaan perkara munkar diluar keluarga kita itu, boleh masuk dalam keluarga kita.

Kesembilan, nak jadi insan yang rabbani, perlu kita jaga batas-batas, jaga halal haram. Ambik yang halal, tinggal yang haram. Insyallah mudah-mudahan kita berjaya membentuk diri, keluarga dan masyarakat menjadi insan rabbani.

"Ambo rasa sekadar tu dulu untuk malam ni. Aspek jasmani, aqli dan emosi... Kita sambung semula pula."

Ismail tersenyum gembira mendapat buah-buah nasihat. Semoga Allah beri rezeki untuk beramal soleh.


O. Zainuddin, 

Panji Alam, Kuala Terengganu. 

2 Muharram 1442hijrah.


Comments

Popular posts from this blog

Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'