Cerpen : Ustaz Adam
'Salam, jom teman ana solat terawih. Boleh ?' Satu pesanan ringkas masuk ke inbox mesej. Aku melihat nama yang tertera pada mesej itu. Senyuman terukir indah.
'Wassalam, boleh2. solat terawih kat mane ni ?'
'Kat Surau kampung Impian Saujana. Bunut Susu.'
'Okay. Nanti datang ambil ana ya.
Haha .
Motorsikal ana bocor.'
Haha .
Motorsikal ana bocor.'
'Okay.'
***
Lima belas minit membonceng motorsikal, akhirnya kami sampai jua ke perkarangan surau. Bunyi sahaja surau tapi masjid ini sungguh cantik. Cat pun nampak masih baru. Aku mengintai-intai jemaah masjid. Subhanallah, ramai sungguh. Setiap lapis umur hadir ke masjid. Dari yang tua hinggalah kanak-kanak. Ada yang hanya berjalan kaki, ada yang bermotor dan basikal. Malah, yang berkereta mewah pun tidak ketinggalan menjejakkan kaki ke rumah Allah. Tanpa dipaksa, rasa kagum segera muncul.
"Zainuddin ! Jom la masuk masjid. Buat apa berdiri lama-lama kat garaj masjid tu." Sahabatku, Adam memanggil aku yang masih tecengang kagum.
"Jap. Nanti ana naik la. Anta naik lah dulu. Ana nak ambil wudhuk jap."
Sejurus bilal mengalunkan iqamat, semua makmun segera membuat barisan saf. Berdiri dalam satu barisan panjang. Bersentuhan bahu ke bahu. Tiada ruang kosong untuk Syaitan menyelit masuk. Ya, kesempurnaan saf adalah sangat penting. Di sebabkan itulah kita selalu di ingatkan oleh para imam dengan dua baris ayat;
'Betulkan saf'
'Rapatkan saf'
'Rapatkan saf'
Namun sayangnya, berapa ramai dalam kalangan kita ini yang mengambil berat soal yang tampak remeh ini ?
Kami sama-sama solat Isyak berjemaah kemudian di teruskan pula dengan solat terawih. Temanku Adam menjadi imam jemputan masjid ini sejak dua minggu yang lalu. Bacaan yang betul dan merdu berjaya membantu ahli jemaah untuk menghayati solat. Solat dibelakangnya, membuatkan kami tidak tergesa-gesa untuk habis malah tidak pula terlalu lambat sehingga rasa mengantuk. Pertengahan.
Selesai empat rakaat terawih. Kami mengambil masa untuk berehat sebentar. Adam atau dipanggil ustaz Adam tidak membuang peluang. Jarang-jarang kaum muslimin dapat di kumpulkan bersama-sama. Dia mencapai mikrofon masjid lalu memulakan tazkirah ringkas. Aku yang baru sahaja sampai ke Kelantan dan baru pertama kali mengikuti Adam ke masjid ini cuba menumpukan sepenuh perhatian.
"Semua kita maklum tentang keadaan saudara kita di Gaza. Betul kan ?" Sebahagian jemaah mengangguk-ngangguk kepala. Tanda mereka memang cakna akan isu saudara mereka.
"Alhamdulillah. Kalian mengambil tahu soal saudara seakidah kita. Namun, pada malam ke-27 ini ,saya mahu membawa para jemaah kepada hakikat musibah atau ujian. Dan mengaitkannya sedikit sebanyak dengan kejadian di Palestin."
"Allah swt berfirman di dalam surah al-ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud; Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak di uji?"
"Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta".
"Hadirin yang dirahmati Allah, apabila kita beriman kita pasti akan di uji."
Semua ahli jemaah diam mendengarkan pernyataan ini. Bukanlah kerana baru pertama kali mendengarnya tetapi kerana disentap dengan peringatan. Aku yang sedang mendengar pun berfikir-fikir. Ada rasa takut, bersedia dan gerun pun ada. Bimbang tidak lepas dengan ujian nanti.
Semua ahli jemaah diam mendengarkan pernyataan ini. Bukanlah kerana baru pertama kali mendengarnya tetapi kerana disentap dengan peringatan. Aku yang sedang mendengar pun berfikir-fikir. Ada rasa takut, bersedia dan gerun pun ada. Bimbang tidak lepas dengan ujian nanti.
"Ujian adalah dari Allah. Kelihatan ia seperti buruk pada pandangan mata manusia tetapi tidak sama bagi Allah yang Maha Pengasih."
"Kita diberikan ujian adalah untuk mengangkat darjat kita. Apabila bersabar dalam menghadapi ujian, Allah akan membalas dengan ganjaran yang tiada had"
"Bersabarlah apabila kita di ujia. Mengadulah perihal kita kepada Allah. Allah mahu kita semakin dekat dengan Dia." Adam memperlahankan suara sambil mengajak para hadirin untuk menghadapi ujian hidup dengan sebaiknya.
"Gaza sedang di uji sekarang. Lebih teruk dari kita. Mereka kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal, teman-teman dan bermacam lagi. Tetapi di sebalik itu,kita lihat beratus-ratus malahan ribuan dari penduduk tanah airnya meninggal dunia dengan pangkat syahid. Bukankah itu satu kemuliaan?" Kali ini nada suara Adam sedikit meninggi. Aku lihat ada ahli jemaah yang menarik nafas dalam. Cuba menyemai rasa empati.
"Sama-sama kita doakan saudara kita moga kemenangan dikurniakan kepada para tentera briged al-qassam. Dan semoga Allah mengalahkan tentera Israel yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu."
Doa qunut nazilah dibaca sebagai penutup tazkirah pada malam itu. Kami menyambung kembali solat terawih bagi mencukupkan angka lapan rakaat.
Ditulis pada: 24 Julai 2014
Comments
Post a Comment