Cerpen : Siapa Aku sebenarnya?
Di kala senja merangkak pergi, Khairul Syabab bersama ahli PCI yang lain mulai bergerak menuju ke sebuah destinasi mesyuarat agung tahunan PERUBATAN kali ke-11. Hatinya sebenarnya gusar dan resah. Masih terfikir-fikir siapakah dirinya? Mengapa dia melakukan semua ini?
Bas sederhana besar itu terus membelah lebuhraya Iskandariah-Kaherah. Khairul Syabab tetap terustermenung. Pandangannya dibuang ke luar jendela. Kosong. Sesekali, notifikasi telefon bimbit mengganggu lamunan. Bersepai. Lalu dicantum semula.
'Siapa aku sebenarnya?'
'Mengapa aku perlu menyusahkan diri sendiri?'
'Bukankah lagi seronok dan tenang kalau hanya duduk dirumah sambil melayan filem-filem aksi atau berteleku sahaja di tikar sejadah sambil mengulang baca surat-surat cinta dari Allah?' Khairul Syabab monolog seorang diri.
Firdaus mengusik temannya yang sedang jauh mengelamun.
" Teringat kat adik-adik kat kampung ke Syabab ? Nampak jauh sungguh termenung tu." Syabab tersenyum kelat.
" Ada sesuatu yang tak lepas rasanya". Luah Syabab sambil mengeluh.
"Aku tak tahu nak kata pasal diri aku. Siapa aku ni sebenarnya? "
"Rasa kecewa dengan diri. Sedih pun ada."
"Tenang je Syabab. Kita ni tak sempurna. Ada kekurangan biasa lah tu."
"Tapi... ". Kata-katanya hanya terhenti disitu. Syabab kembali memandang kejauhan. Firdaus membiarkan temannya. Orang lelaki biasanya tidak suka dipujuk-pujuk. Ramainya lebih suka menenangkan diri dengan bersendiri.
Mahasiswa atau penuntut universiti mahupun kolej universiti adalah para pemuda. Usia pemuda adalah usia kemuncak manusia. Di ibaratkan seperti Mentari dikala tengahhari terik. Mereka punyai empat sifat utama iaitu semangat yang membara, hati yang suci, jiwa yang bersih dan tekad yang kuat.
Sesungguhnya para pemuda adalah generasi yang sangat berkuasa. Mereka mengukir sejarah mereka tersendiri malah mereka mengubah sejarah dunia. Bahkan, kerana itu jugalah banyak penguasa dunia, mahu menguasai pemuda.
Andai pemuda itu terpengaruh dengan seruan kebaikan, maka beruntunglah masyarakat seluruhnya. Tetapi andai dakyah yang menjadi sahutan, maka alangkah sengsaranya masyarakat yang ada.
'Persoalannya, adakah kita para pemuda mengetahui apa kekuatan kita? Apakah kita tahu nilai yang begitu besar yang ada pada kita?', Syabab tiba-tiba melontarkan persoalan itu dalam fikirannya.
Bersambung. ..
Persoalan masih belum terjawab. Syabab tertunduk merapati kerusi dihadapannya. Seorang teman senior rupanya sedang menelaah buku Paediatric. Peperiksaan yang bakal menjelma Isnin depan bukanlah alasan untuk dia tidak memberi komitmen kepada tanggungjawab persatuan. Itu antara kelebihan yang ada pada ahli-ahli proaktif persatuan. Pada mereka, kepentingan ramai lebih mereka utamakan dari diri sendiri.
Syabab memejam matanya. Perihal niat dan tujuan cuba dijelaskan kembali. Jika tersalah niat maka habislah semua pengorbanan dan kesungguhan. Tiada nilainya di sisi Ilahi. Bermakna pemergiannya ke MAT seolah tidak dirahmati lagi jika tiada redha Ilahi. Dalam pejam yang sebentar itu dia terlelap.
Syabab melihat satu susuk tubuh sederhana tinggi menghampirinya. Pemuda itu berjubah putih serta berserban putih. Wajahnya mulus. Tiba-tiba Syabab disergah garang.
"Siapa kau sebenarnya? Bukankah kau pemuda harapan ummah?" Syabab terpaku tak terkata. Rupanya pemuda di depannya itu ialah Umar Nuruddin, abang Umar Zainuddin. Mereka pernah bersua ketika dia melawat Zainuddin di Kelantan.
"Wahai pemuda, usia mu mengapa kau persia-siakan? Dengan filem yang membuang masa... dengan Game yang membazir usia... dengan tidur yang panjang. .. Mengapa Syabab? Mengapa?" Kelihatan Umar Nuruddin belum puas lagi.
"Maafkan saya bang. Saya pun manusia biasa",Syabab cuba mempertahankan diri.
"Lupakah kau pada janji mu? Bahawa kau berjanji untuk membantu ummat ini?"
"Haa! Lupakah engkau?" Amarahnya seperti tidak tertahan. Dia menggapai sebiji kerusi plastik lantas membaling ke arah Syabab.
Syabab memejam matanya kejap. Tangan kanannya disilangkan melindungi muka sebagai refleks mempertahankan diri. Tiba-tiba tangan kanannya itu di tarik seseorang. Dia tersedar.
"Syabab, kita dah sampai ke Darul Hamka. Markaz Perubatan Cawangan Azhar. Jom la turun. Takkan nak tidur atas bas kot. Jom...jom."Firdaus menarik-narik tangan temannya yang masih mamai.
"Okey...okey. Ana dah bangun dah ni."Syabab menggosok matanya yang masih mamai. Beg dan pakaian dicapai. Bas Banna Tour ditingggalkan. Malam ini mereka para perwakilan Iskandariah singgah bermalam di markas cawangan taakhi. Esok, himpunan tahunan bakal berlangsung. Himpunan yang menentukan halatuju PERUBATAN pada tahun hadapan.

Pagi yang indah. Udara yang nyaman. Jiwa yang bersemangat melangkah laju bersama-sama teman. Darul Hamka baru semalam cuma Syabab dan teman menginap namun hati semua orang bagai sudah tersihir untuk terus mengunjungi markaz PCA. Betullah kata-kata hikmah yang menyebut bahawa 'Al-Insan Abdul Ihsan'(Manusia itu hamba kebaikan).
Bas merah Awam Cairo sudah siap menunggu. Mereka terus bergerak menuju ke Pusat Konferens Kasr El-Aini, Universiti Cairo. Panorama Kaherah menjadi santapan mata di awal pagi. Sebuah kota yang kaya dengan nilai sejarah. Setengah jam berlalu, akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju.
***
Akhirnya kakinya berjaya dijejakkan ke dewan Kasr Al-Aini. Mimpi semalam tiba-tiba menjengah fikiran. Dia adalah mahasiswa tahun empat kuliah perubatan.
Dia pelajar disini. Dia juga bahkan seorang pemuda Islam. Dua tanggungjawab yang mesti dipikul sebaiknya. Dua elemen yang tidak bisa dipisahkan.
Andai hanya ilmu yang dipelajari, namun tiada tindakan maka ilmu itu tidak bermakna. Kerna ilmu itu bermanfaat apabila di amalkan.
Jika hanya semangat pemuda yang kita utamakan, namun nilai ilmu hanya dipandang sepi nescaya jadilah kita pemuda yang jumud. Kerana tindakan tanpa ilmu sentiasa menyesatkan para pemuda.
Syabab beratur di hadapan meja pendaftran. Menanti giliran untuk mendaftarkan diri sebagai ahli perwakilan. Bahunya di cuit mesra dari arah belakang. Dia berpaling sambil cuba tersenyum.
"Assalamualaikum, ana Umar Izzuddin dari Zagzig. Enta?" Seorang perwakilan Zagzig menghulurkan salam.
"Waalaikumussalam, ana Khairul Syabab, mahasiswa tahun empat kuliah perubatan."
"Enta Ajkt Zagzig ke? Nampak pakai tie hijau ni." Syabab bertanya lanjut.
"Ya, Ajkt Biro pembangunan Insan. Enta?"
"Ana ajkt jugak. Insyallah ditaklifkan sebagai bendahari Iskandariah." Yakin. Firdaus dihadapannya berpaling ke belakang. Memandang gembira.
"Siapa kau sebenarnya?
Tamat.

13 Mac 2015,
Kairo-Alex,
O. Zainuddin.
Comments
Post a Comment