Cerpen : ' Wisel Penamat Belum Berbunyi '




Pagi Jumaat itu indah. Bertemankan rakan-rakan. Dia mengikuti perlawanan futsal di gelanggang Pediatrik. Matanya asyik memerhati perlawanan yang berlangsung. Tiba-tiba rakannya, 'Kayu Rapuh' bersuara;

"Bahar, kau perasan tak? Bila kita berlari kejar bola, kita macam tak rasa letih. Tapi kalau kita berlari je. Tak tahu kejar apa, kita cepat je rasa letih." Bahar mengerling ke kiri. Keningnya di angkat.

"Jadi?" Meminta kesimpulan dari metafora yang cuba di timbulkan.

"Jadi, ianya macam hidup kita lah. Kalau kita tahu apa yang kita kejar, kita tak kan rasa penat. Tak bosan. Kita akan bermotivasi. Betul tak?"

"Betul. Hidup kalau ada matlamat yang jelas, pasti kita akan sentiasa bersemangat."

'MATLAMAT YANG JELAS sangat penting. Dia mengesahkan kebenaran itu jauh disudut hatinya. Satu kesimpulan dibuat untuk hari ini.

***

"Woi, apa ni bawa buku? Main bola, main bola la... haha" Seorang senior menyakat temannya yang sedang menekuni buku pelajaran.

"Eh, mana-mana pun kena study la. Meh sini, ajar aku. Aku tahu kau top student. Banyak yang aku tak faham ni." Gurauan yang tadinya sedikit menggugah perasan kini bertukar menjadi ajakan untuk sama-sama menelaah pelajaran.

Dia tersenyum. Di sebelah kanannya, sekumpulan pelajar tahun lima ralit berbincang isi pelajaran. Walaupun di gelanggang sana, pemain-pemain bola licik mengatur permainan. Perkara ini sudah maklum. Pelajar perubatan memang sibuk tetapi tidak bermakna masa untuk bersukan dan bersama kawan harus di abaikan.

'BELAJAR SETIAP MASA sangat penting. Lagi-lagi buat bakal doktor. Mereka harus bersiap siaga sepenuhnya. Kerna kata orang, medicine is a zero defect business. Perlu hadam ilmu betul-betul.' Kesimpulan kedua di buat.

***

Dia bersandar di kerusi kayu. Rakan-rakan sepasukannya ada di sekeliling. Sudah dua perlawanan mereka kalah. Sesuatu perlu dibuat.

"Ingat ya teman-teman, selepas ini lima gol kita masukkan. Setuju?" Rakannya bersetuju sambil ketawa. Sudahlah kalah dua kali. Keduanya kami gagal menjaringkan walau satu gol.

Giliran Fadhlullah bersuara. Sebagai Kapten pasukan, rasa tanggungjawab segera hadir. Kita mesti berubah.

"Baik. Selepas, Bahar kau jadi GoalKeeper."

"Aku dan Hilman sebagai Defender".

"Irsyad, Aiman, Afnan dan Shah jadi Midfield. Nanti korang tukar-tukar tau".

"Ok last sekali Zuhaili. Enta jadi striker".

Demikian Fadhlullah cuba mengatur posisi dan strategi. Bahar mengangguk-angguk. Riak wajahnya tidak dapat menahan seri. Segaris senyum terpaksa di ukir, melihat kesungguhan Kapten pasukan.

Permainan bermula. Posisi mula kucar-kacir. Serangan demi serangan di hadapi. Pertahanan dijaga agar tidak ditembusi. Dalam kecamuk permainan, tiba-tiba Hilman menghantar bola laju ke hadapan gol lawan. Tanpa membuang masa, rakan pasukan kami terus menghujam laju ke gawang lawan.

"Golll....." Sorakan gembira atas jaringan sulung. Sekali lagi dari sudut gawang gol sendiri, Bahar mengiyakan sesuatu.

'PERANCANGAN DAN KERJASAMA PASUKAN sangat penting. Tanpa plan kita mungkin gagal menghantar bola ke target. Tanpa kerjasama pasukan, jaringan mungkin tidak bisa dinikmati.' Kesimpulan ketiga dari dirinya.

"Teruskan bersemangat. Main betul-betul. Wisel penamat belum berbunyi. Teruskan berusaha guys!" Fadhlullah melaungkan kata-kata semangat kepada rakan sepasukan.

Dalam hidup ini, sebelum menempuhi sesuatu perkara, tetapkanlah matlamat.
Kemudian, lakarkan plan perancangan bagaimana bisa kita mencapai target.
Susuli pula dengan jalinan kerjasama dengan individu di sekeliling kita.

Dan yang paling muhim, keutamaan kita mesti jelas. Kejar yang utama sebelum yang kedua. Mengejar yang kedua, jangan ditinggalkan yang pertama.

Zainuddin
5 September 2015
Iskandariah.



Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Hijrah

Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'