'Salam, jom teman ana solat terawih. Boleh ?' Satu pesanan ringkas masuk ke inbox mesej. Aku melihat nama yang tertera pada mesej itu. Senyuman terukir indah. 'Wassalam, boleh2. solat terawih kat mane ni ?' 'Kat Surau kampung Impian Saujana. Bunut Susu.' 'Okay. Nanti datang ambil ana ya. Haha . Motorsikal ana bocor.' 'Okay.' *** Lima belas minit membonceng motorsikal, akhirnya kami sampai jua ke perkarangan surau. Bunyi sahaja surau tapi masjid ini sungguh cantik. Cat pun nampak masih baru. Aku mengintai-intai jemaah masjid. Subhanallah, ramai sungguh. Setiap lapis umur hadir ke masjid. Dari yang tua hinggalah kanak-kanak. Ada yang hanya berjalan kaki, ada yang bermotor dan basikal. Malah, yang berkereta mewah pun tidak ketinggalan menjejakkan kaki ke rumah Allah. Tanpa dipaksa, rasa kagum segera muncul. "Zainuddin ! Jom la masuk masjid. Buat apa berdiri lama-lama kat garaj masjid tu." Sahabatku, Adam memanggil aku yang ...