Cerpen: Kasih Ibu Ayah
Ayah dan ibu Ayah dan ibu Itulah permulaan Kami Dapat melihat Bulan Dan matahari Serangkap lirik sebuah lagu nyanyian Allahyarham Sudirman, mengusik rasa. *** SATU Disebuah kedai makan. Udin sedang makan seorang diri. Nasi kerabu ayam berempah jadi pilihan. Nescafé panas jadi hirupan malam. Selang dua meja, Udin melihat gelagat sebuah keluarga. Ibu ayah bersama empat orang anak yang masih anak remaja. Mereka makan semeja. "Ibu nak ibu." Ujar anak kedua bongsu seraya menganga mulut. Tangan si ibu yang penuh kasih sayang, menyuapkan anak makanan. Si anak gembira. Udin diserbu seribu rasa. Mata berkata suatu kehangatan dirasa. Manik jernih seakan mahu terbentuk. Ditahan. Air mata jantan tak jadi keluar namun dihatinya banjir sudah. Udin teringat kasih bonda. "Din, mari sini. Umi suap kuih lompat tikam ni. Sedap ni." Suara ibu bagai bergema. *** DUA Dikedai makan yang masih sama, Udin meneruskan suapan. Nasi kerabu sudah tinggal separuh. Mat...