Cerpen: "Rahsia Permata Hijau"
Bas Ekpress Perdana meluncur laju menuju Negeri Darul Naim. Seorang kenalan yang baru beberapa minit tadi Awang bertegur sapa, memulakan cerita. Walaupun baru sahaja kenal tapi mungkin kerna 'chemistry' berasal Dari Pasir Mas, membuatkan mereka cepat serasi.
"Kau tahu, Pasir Mas adalah bandar paling kaya di Malaysia!" Ujar pemuda itu bersungguh-sungguh.
"Memang la sebab nama dia Pasir Mas kan?" Balas Awang meremehkan mukaddimah cerita si pemuda.
"Tak. Bukan sebab tu."
"Sebab dia lain. Tak ramai orang tahu rahsia ni. Percaya lah." Ujarnya lagi beriya-iya. Awang mengerutkan dahi. Mulai was-was dengan tahap kesihatan mental pemuda bernama Zahari itu. Yang masih baru dalam radar persahabatannya. Zihinnya mulai menimbang, apa patut diteruskan perbualan rakan sedaerah ini? Atau biar saja Awang menjadi seorang yang tiba-tiba pekak dan buta?
Ah, takpa. Kita bagi 'chance' dulu. Monolog Awang sendirian.
"Sengoti eh demo?" Awang sengaja bertanya begitu.
"Dengar dulu cerita kawe ni."
"Kawe malas nak cerita panje-panje. Atah demo nak cayo ke dok." Dialek Kelantan lancar bergema. Zahari ketawa.
ish-ish... Dia ketawa pula. Monolog Awang lagi.
"Dalam Bandar Pasir Mas kan, ada Satu replika Tepak Sireh. Berhadapan Stesen bas SKMK Pasir Mas. Dekat dengan RHB bank tu. Dalam tu ada Permata Hijau yang sangat besar. Sangat mahal harganya."
"Sungguh eh? Pah, ado lagi ko loni? Tanya Awang seperti berminat.
"Mesti la ada lagi. Sebab tu Pasir Mas jadi bandar paling kaya di Malaysia!"
"Permata Hijau tu berat dia 26 kilogram. Tepak Sireh tu just untuk cover je. Kalau kau angkat bekas Tepak Sireh tu, mesti kau terkejut."
"Betul ke kau ni Zahari? Takkan la orang-orang yang tahu rahsia ni, mereka tak cuba ambil Permata Hijau tu?" Rasionalnya masih berusaha menerima informasi luar biasa itu. Awang menarik nafas panjang. Biar betul?
"Offcourse la orang-orang tu dah try. But every time they try to stole the Green Jewel, mereka terkena panahan halilintar!" Begitu sekali dahsyatnya cerita Zahari. Hampir ternganga mulut Awang. Mendengarkan kalimat inggeris dituturkan, membuatkan Awang semakin terpana.
"Tapi, Aku tak pernah dengar pun,cerita orang kampung kita kena panahan kilat tu. Kenapa? Kalau betul jadi, mesti dah gege dah sebutir Pasir Mas tu!" Awang cuba mencabar kebenaran cerita itu. Seperti cerita dongeng rekaan semata-mata!
"Sebabnya, pasukan Bomba, Hospital Dan Polis sembunyikan perkara ini! Mereka tak mahu cerita tersebar. Mereka takut kalau lagi ramai orang Pasir Mas yang terkena panahan kilat itu!"
"Kau macam tipu Aku je Zahari. Kau kutip cerita dongeng dari mana ni? Apa sumber rujukan kau?" Gasak Awang serius.
"Haha. Kau ni, apasal serius sangat? Memang cerita rahsia Permata Hijau tu dongeng sahaja lah!"
"Kau nak percaya buat apa? Mesti sebab kau rasa, kalau cerita tu betul, kau nak manfaatkan Green Jewel tu kan? Kau Akan berusaha untuk memperolehi Permata itu dengan apa Cara sekalipun. Asalkan kau tak disambar kilat. Kan?"
"Sebab kau rasa, cerita Tu mungkin Ada keuntungan untuk kau Kan?" Perli Zahari.
"Cis! Sia-sia Aku buat serius tadi. Ingatkan cerita betul."
"Memang tak betul pun. Dongeng sajalah."
"Tapi... Ini. Buku pedoman ini. Penuh cerita luar biasa. Orang dahulu kala ada yang kata, buku ini penuh cerita dongeng saja! Tapi tak." Sambil memegang senaskah AlQuran beserta terjemahan, Zahari sambung berbicara.
"Kitab AlQuran adalah pedoman hidup Kita. Kisah-kisah didalamnya adalah 100 peratus benar."
"Selamat menelaah AlQuran wahai Kawan!" Ujar Zahari.
"Ingatkan kau ni, orang tak siuman dah tadi. Rupanya pemuda berhikmah penuh iman!" Balas Awang sambil gelak gembira menerima kesimpulan kisah Rahsia Permata Hijau.
Malam semakin gelap. Bas meneruskan langkah menuju destinasi. Dalam kegelapan dunia, berapa ramai manusia yang Masih sedar betapa AlQuran adalah cahaya petunjuk menuju Allah.
...
Kamus Bahasa:
Chemistry = kejelikitan/keserasian
Sengoti = Sungguhkah
Gege = bising/kecoh
Chance = kasi peluang
...
Zainuddin
7/2/19 - 8/2/19
#roadtoTamanMunira
#JalamDakwah
#roadtoJannah
Comments
Post a Comment