Cerpen: Sate Emak



"Khalil ! Khalil !" Abang Long memanggil adiknya yang deras berlarian ke arah jalan raya. Adiknya berhenti berlari. Mujur ada Abang Long untuk menjaga adik-adik.

Begitulah selalu setiap malam. Memandangkan keluarga Khalil menjalankan perniagaan Sate. Di kedai tepi jalan raya itulah tempat ibu ayahnya mencari rezeki. Dan disitulah mereka adik beradik membesar.

Tiba-tiba, malam itu, Mak Khalil yang sedang membancuh air untuk pelanggan terasa mengah. Dadanya sakit. Rasa seperti ditindih batu. Semacam ditumbuk-tumbuk. Kedua tangannya merasa kebas. Peluh mulai membasahi baju Mak Khalil. Dia mengurut-urut dadanya.

"Mak!" Jerit Kak Ngah saat melihat Mak kritikal. Ayah Khalil yang sedari tadi membakar sate, terus berlarian mencari Mak. Rakan seperjuangannya. Teman hidup matinya. Penasihat penting dalam hidupnya.

Ayah Khalil memapah Mak ke kerusi. Mak semakin tenat. Ayah membuat keputusan untuk segera membawa Mak ke Hospital Besar Batu Burok.

Menurut doktor di Jabatan Kecemasan, Mak terkena serangan jantung yang teruk. Peratusan hidup 50 - 50.

Itulah malam terakhir Khalil melihat kelibat Mak. Waktu itu usianya baru lima tahun. Tinggallah Khalil dan tujuh abang dan kakak. Ayah Khalil sejak itu sudah enggan lagi mengusahakan perniagaan sate. Kata Ayah, kedai Sate itu adalah kedai sate Emak. Ayah tak sanggup menahan hiba. Perniagaan sate terpaksa dihentikan

***

"For one more time in my life, i cried when i remembered Mom." Ujar Khalil kepada anaknya, Arham. Sambil membakar sate, dia bercerita kisahnya kepada isteri dan anak-anaknya.

Sepuluh tahun selepas perniagaan sate Ayah dan Mak Khalil tutup, Khalil kembali bangkit. Meneruskan perniagaan sate di Dataran Satay Bachok. Papan tanda 'Restoran Sate Emak' megah berdiri dihadapan kedai.

Menurut Ayah Khalil, Mak adalah teman hidupnya yang terbaik. Mak sentiasa mengingatkan Ayah untuk bersedeqah, solat jemaah dan membantu perjuangan umat Islam. Natijahnya, setiap bulan, Ayah akan mengeluarkan sebahagian keuntungan perniagaan untuk diberikan kepada perjuangan umat Islam.

Nasihat itu, Ayah wariskan pula kepada anak-anaknya. Khalil, sentiasa ingat dan mengamalkannya. Sekalipun sibuk mengurus perniagaan restoran namun perjuangan umat tidak pernah dilupakannya.

Hidup ini adalah perjuangan.

Zainuddin,
Peminat Satay.
Perindu Emak.
5 Muharram 1441 Hijrah.

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Hijrah

Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'