Cerpen : Pemuda Ringan Tulang



Cerpen: Pemuda Ringan Tulang

Jam sudahpun menunjukkan pukul 5 petang. Engkau baru saja tersedar dari alam mimpi. Terus kau bergegas solat Asar. Sepatutnya pukul empat petang kau sudah terpacak di lorong Omar Lotfi tapi tidurmu lebih panjang dan lena sekali.

Sambil berlari-lari anak kau menuruni tangga di stesen Tram Camp Caesar. Disebelah sana kelihatan beberapa pemuda melayu sedang mengangkat barang ke atas sebuah lori kecil. Hati kau lega.

Waktu itu kau sedikit terkejut. Bimbang kalau salah rumah. Sebab sedalam pengetahuan kau yang terbatas itu, sepatutnya kerja pemindahan rumah pelajar tahun dua hanya akan dibantu rakan-rakan tahun lima, empat, tiga dan dua. Pelajar tahun enam memang tiada dalam fikiranmu. Kerana sudah maklum bahawa mereka dalam fasa kelas Elektif dan fasa 'study leave'.

"Betul ke ini bangunan 50?" Engkau bertanya seorang senior tahun enam.

"Betul dah. Yang ahli rumah dia enam orang kan?" Dia bertanya kembali. Engkau memeriksa makluman dalam telefon pintar. Mencari kepastian dalam kesamaran.

Ya. Betul. Memang itulah bangunannya.

Tapi? Kenapa abang-abang tahun enam?

"Woi Bahar. Kau dari mana nih? Asal baru sampai ni? Dah settle dua trip barang ni. Tinggal satu je lagi." Seorang senior yang disegani menyapa.

"Sorry la Faiz. Overslept. Cuti kan." Engkau membalas sambil garu kepala.

"Eh, Zaimey ada jugak. Masyallah antum, hebat. Nak exam besar pun still buleh turun tolong lagi erk." Engkau berjabat tangan dengan Zaimey.

"Takda apapun. Orang perlukan bantuan. Sekadar membantu setakat termampu. Tanggungjawab komuniti katakan." Ujar Faiz.

"Tu lah. Bukan sebab hidup berkomuniti je Bahar oi. Kita tolong orang pun sebab nak Allah tolong kita."

"Kan Ustaz selalu pesan kat Tafaqquh; siapa yang tolong orang, permudahkan hajat orang lain, insyallah Allah akan tolong dan permudahkan urusan dia pula." Tambah Zaimey sambil bertazkirah.

"Bahar, kat sini dah cukup orang. Baik kau pergi ke rumah baru kat kedai Pizza Camp tu. Kat sana perlukan orang lagi." Arah Faiz.

"Orait bos!" Engkau menerima arahan sambil memberi tabik hormat. Meniru lagak Leftenan Adnan.

- tamat -

Ibrah:
1-Dalam hidup bermasyarakat, berilah sumbangan dalam bentuk tenaga, harta dan sebagainya.
2-Tolonglah orang agar Allah tolong kita.

15 Sept 2016
O. Zainuddin.





Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Hijrah

Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'