Cerpen: Nasi Kosong Telur Mata





Zainuddin mengayuh basikal perlahan-lahan meredah hujan renyai-renyai. Tugasannya dikebun Pak Umar telah selesai dikerjakan. Tepat jam 9malam dia meninggalkan tanah kebun yang menjadi sumber periuk nasinya itu. Agak pelik dimata orang. Namun, itulah jadual bekerja dikebun Pak Umar. Berkebun diwaktu malam.

Setelah demikian banyak dia menggateh basikal Merah warisan bonda itu, sampailah dia disebuah warung masakan panas. Pelayan kedai makan segera mampir.

"Mahu order apa bang?" Ujar seorang pelayan lelaki kepada Zainuddin.

"Saya nak, nasi kosong dengan telur mata. Nasi kosong mahu lebih ya."

"Apa bang? Nasi goreng telur mata?" Lelaki pelayan mengulangi pesanan namun digantinya kalimah nasi kosong kepada nasi goreng. Jelas, dia macam tak percaya. Mana ada orang memesan nasi kosong dengan telur mata saja.

"Berikan saya Nasi kosong bungkus dengan telur mata. Bungkus ya."

"Baiklah." Patuhnya dia menurut pesanan pelanggan.

"Bungkus sekali air Milo peng ya." Zainuddin menambah 'order' makanan. Pelayan berlalu memasuki ruang dapur sambil mengungkapkan pesanan pelanggan.

"Nasi kosong?" Tanya si tukang masak pada si pelayan.

"Ya. Nasi kosong telur mata."

"Dan Milo peng satu." Ujar pelayan pada tukang bancuh air.

Sepuluh minit detik berlalu. Pesanan siap dibungkus.

"Semunya enam ringgit setengah bang." Ujar pelayan. Zainuddin mengeluarkan dua not kertas berwarna biru dan sekeping not kertas berwarna hijau.

"Mahu sup kosong bang?" Ujar pelayan penuh simpati. Barangkali dadanya telah dihinggapi rasa simpati. Merasa kasihan. Alangkah ada orang yang susah sebegini. Memesan nasi kosong berlaukkan telur mata sahaja! Kuah pun tidak dipesan!

"Oh tak mengapa bang. Sebenarnya saya sudah punya lauk dirumah." Balas Zainuddin. Sekaligus membasmi rasa kasihan yang telah terbit dari hati pelayan yang masih tinggi perikemanusiaan.

"Oh begitu. Dah Ada lauk rupanya. Patutlah dipesan nasi kosong sahaja." Ujar si tukang masak merangkap jurukira. Sekeping duit syiling lima puluh sen diberikan sebagai baki.

Zainuddin tersenyum saja. Berterima kasih dengan simpati dan prihatin yang masih ada pada ahli masyarakat disini. Walaupun Zainuddin bukanlah orang tempatan. Dia hanya datang ke negeri ini untuk mencari sumber penghidupan.

Walaupun berkelana ke negeri orang, Zainuddin tak pernah lupa kampung halaman. Tempat letaknya kecintaan hatinya. Rumah ayah dan bonda.

Sebenarnya minggu lepas, dia telah pulang ke kampung halaman. Sepulangnya dari kampung, ibu telah membekalkan satu plastik kecil 'Gulai Ayam Kampung' kepadanya.

Dan pada Malam ini, gulai itulah yang Akan dimakan dengan nasi kosong telur mata.

O. Zainuddin
24/8/19

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Ustaz Adam

Cerpen : Alpha siapa hebat !!!

Cerpen: Siapa Aku Sebenarnya?