Posts

Aku Dan O&G

Image
A journey to remember. Sweet and sour of HO life. 23/7/19 23/8/19 6/9/19

Cerpen: Sate Emak

Image
"Khalil ! Khalil !" Abang Long memanggil adiknya yang deras berlarian ke arah jalan raya. Adiknya berhenti berlari. Mujur ada Abang Long untuk menjaga adik-adik. Begitulah selalu setiap malam. Memandangkan keluarga Khalil menjalankan perniagaan Sate. Di kedai tepi jalan raya itulah tempat ibu ayahnya mencari rezeki. Dan disitulah mereka adik beradik membesar. Tiba-tiba, malam itu, Mak Khalil yang sedang membancuh air untuk pelanggan terasa mengah. Dadanya sakit. Rasa seperti ditindih batu. Semacam ditumbuk-tumbuk. Kedua tangannya merasa kebas. Peluh mulai membasahi baju Mak Khalil. Dia mengurut-urut dadanya. "Mak!" Jerit Kak Ngah saat melihat Mak kritikal. Ayah Khalil yang sedari tadi membakar sate, terus berlarian mencari Mak. Rakan seperjuangannya. Teman hidup matinya. Penasihat penting dalam hidupnya. Ayah Khalil memapah Mak ke kerusi. Mak semakin tenat. Ayah membuat keputusan untuk segera membawa Mak ke Hospital Besar Batu Burok. Menurut doktor di...

Cerpen: Nasi Kosong Telur Mata

Image
Zainuddin mengayuh basikal perlahan-lahan meredah hujan renyai-renyai. Tugasannya dikebun Pak Umar telah selesai dikerjakan. Tepat jam 9malam dia meninggalkan tanah kebun yang menjadi sumber periuk nasinya itu. Agak pelik dimata orang. Namun, itulah jadual bekerja dikebun Pak Umar. Berkebun diwaktu malam. Setelah demikian banyak dia menggateh basikal Merah warisan bonda itu, sampailah dia disebuah warung masakan panas. Pelayan kedai makan segera mampir. "Mahu order apa bang?" Ujar seorang pelayan lelaki kepada Zainuddin. "Saya nak, nasi kosong dengan telur mata. Nasi kosong mahu lebih ya." "Apa bang? Nasi goreng telur mata?" Lelaki pelayan mengulangi pesanan namun digantinya kalimah nasi kosong kepada nasi goreng. Jelas, dia macam tak percaya. Mana ada orang memesan nasi kosong dengan telur mata saja. "Berikan saya Nasi kosong bungkus dengan telur mata. Bungkus ya." "Baiklah." Patuhnya dia menurut pesanan pelanggan. ...

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'

Image
Pentas Laut China Selatan menjadi tempat aku bermukim rasa. Perasaan yang selama ini ku pendam, biarlah hari ini aku luahkan segalanya. Biar aku ceritakan pada lautan yang tak bertepi pandang agar muat segala rasa melimpah dari hati yang kian hari kian melemah. Buat seketika, aku melarikan diri dari kerumun orang ramai. Tak tahu pada siapa harus aku ceritakan. Namun, yang pasti lautan sentiasa menyambutku dengan alunan merdu ombak. Bersama desir angin yang membelai. Hayati. Kehidupanku. Hayati, ku maksudkan disini bukanlah nama orang. Walaupun lafaznya sama bunyi dengan nama kekasih hati Zainuddin, pemuda yang ditimpa malang, cinta dicurangkan. Dalam karya Tenggelamnya Kapal Ven De Wick. Hayati, kang ku ertikan adalah hidupku. Dari Bahasa Arab. Bahasa yang ku kagum selalu. Setahun dua ini, aku merasa hayati-ku hilang. Entah siapa yang mencurinya. Entah tenggelamnya dilaut mana. Hidupku dulu sentiasa dalam seronok. Walaupun sukar, sekalipun susah, Aku masih seronok men...

Cerpen : SURAT UNTUKKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Image
“Hampir sepuluh tahun … tapi aku masih setia dengan benda ni.” Keluh Ayyash disuatu petang. Jujurnya sudah berkali-kali dia berazam untuk berhenti membuat tabiat buruknya itu. Namun dia sering tertewas. Apakah kali ini dia bakal berjaya? Dirinya sendiri seakan ingin berputus asa. “Mengapa asyik mengeluh Ayyash? Hidup je dengan gembira.” Zakuan menyapa sahabatnya dari belakang. Sedari tadi dia memerhatikan gelagat rakannya. “Ni benda ni… dah lama aku nak tinggal. Nak lepaskan dari hidup aku tapi tulah… ” Ayyash berkata sambil menunjukkan sebatang rokok yang sedang dihisap. “Dah lima tahun kita berkawan. Aku pun dah lama nak bagi nasihat kat kau. Tapi tulah, tak terkata. Malu yang tak bertempat.” “Tapi kau jangan risau Ayyash. Ada ulama pesan, kalau kita nak berubah, kita hanya perlukan tiga prinsip.” Zakuan berkongsi ilmu yang dimiliki. “Pertama, anniyyah . Niat. Kedua, azzam . Tekad. Ketiga, attaubah . Taubat yang berterusan.” Ayyash mengangguk-nganggu...

Cerpen: Siapa Aku Sebenarnya?

Image
Di kala senja merangkak pergi, Khairul Syabab bersama ahli PCI yang lain mulai bergerak menuju ke sebuah destinasi mesyuarat agung tahunan PERUBATAN kali ke-11. Hatinya sebenarnya gusar dan resah. Masih terfikir-fikir siapakah dirinya? Mengapa dia melakukan semua ini? Bas sederhana besar itu terus membelah lebuhraya Iskandariah-Kaherah. Khairul Syabab tetap terus termenung. Pandangannya dibuang ke luar jendela. Kosong. Sesekali, notifikasi telefon bimbit mengganggu lamunan. Bersepai. Lalu dicantum semula. 'Siapa aku sebenarnya?' 'Mengapa aku perlu menyusahkan diri sendiri?' 'Bukankah lagi seronok dan tenang kalau hanya duduk dirumah sambil melayan filem-filem aksi atau berteleku sahaja di tikar sejadah sambil mengulang baca surat-surat cinta dari Allah?' Khairul Syabab monolog seorang diri. Firdaus mengusik temannya yang sedang jauh mengelamun. " Teringat kat adik-adik kat kampung ke Syabab ? Nampak jauh sungguh termenung tu." Syabab ters...

Cerpen: "Rahsia Permata Hijau"

Image
Bas Ekpress Perdana meluncur laju menuju Negeri Darul Naim. Seorang kenalan yang baru beberapa minit tadi Awang bertegur sapa, memulakan cerita. Walaupun baru sahaja kenal tapi mungkin kerna 'chemistry' berasal Dari Pasir Mas, membuatkan mereka cepat serasi. "Kau tahu, Pasir Mas adalah bandar paling kaya di Malaysia!" Ujar pemuda itu bersungguh-sungguh. "Memang la sebab nama dia Pasir Mas kan?" Balas Awang meremehkan mukaddimah cerita si pemuda. "Tak. Bukan sebab tu." "Sebab dia lain. Tak ramai orang tahu rahsia ni. Percaya lah." Ujarnya lagi beriya-iya. Awang mengerutkan dahi. Mulai was-was dengan tahap kesihatan mental pemuda bernama Zahari itu. Yang masih baru dalam radar persahabatannya. Zihinnya mulai menimbang, apa patut diteruskan perbualan rakan sedaerah ini? Atau biar saja Awang menjadi seorang yang tiba-tiba pekak dan buta? Ah, takpa. Kita bagi 'chance' dulu. Monolog Awang sendirian. "Sengoti eh dem...