Posts

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'

Image
Pentas Laut China Selatan menjadi tempat aku bermukim rasa. Perasaan yang selama ini ku pendam, biarlah hari ini aku luahkan segalanya. Biar aku ceritakan pada lautan yang tak bertepi pandang agar muat segala rasa melimpah dari hati yang kian hari kian melemah. Buat seketika, aku melarikan diri dari kerumun orang ramai. Tak tahu pada siapa harus aku ceritakan. Namun, yang pasti lautan sentiasa menyambutku dengan alunan merdu ombak. Bersama desir angin yang membelai. Hayati. Kehidupanku. Hayati, ku maksudkan disini bukanlah nama orang. Walaupun lafaznya sama bunyi dengan nama kekasih hati Zainuddin, pemuda yang ditimpa malang, cinta dicurangkan. Dalam karya Tenggelamnya Kapal Ven De Wick. Hayati, kang ku ertikan adalah hidupku. Dari Bahasa Arab. Bahasa yang ku kagum selalu. Setahun dua ini, aku merasa hayati-ku hilang. Entah siapa yang mencurinya. Entah tenggelamnya dilaut mana. Hidupku dulu sentiasa dalam seronok. Walaupun sukar, sekalipun susah, Aku masih seronok men...

Cerpen : SURAT UNTUKKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Image
“Hampir sepuluh tahun … tapi aku masih setia dengan benda ni.” Keluh Ayyash disuatu petang. Jujurnya sudah berkali-kali dia berazam untuk berhenti membuat tabiat buruknya itu. Namun dia sering tertewas. Apakah kali ini dia bakal berjaya? Dirinya sendiri seakan ingin berputus asa. “Mengapa asyik mengeluh Ayyash? Hidup je dengan gembira.” Zakuan menyapa sahabatnya dari belakang. Sedari tadi dia memerhatikan gelagat rakannya. “Ni benda ni… dah lama aku nak tinggal. Nak lepaskan dari hidup aku tapi tulah… ” Ayyash berkata sambil menunjukkan sebatang rokok yang sedang dihisap. “Dah lima tahun kita berkawan. Aku pun dah lama nak bagi nasihat kat kau. Tapi tulah, tak terkata. Malu yang tak bertempat.” “Tapi kau jangan risau Ayyash. Ada ulama pesan, kalau kita nak berubah, kita hanya perlukan tiga prinsip.” Zakuan berkongsi ilmu yang dimiliki. “Pertama, anniyyah . Niat. Kedua, azzam . Tekad. Ketiga, attaubah . Taubat yang berterusan.” Ayyash mengangguk-nganggu...

Cerpen: Siapa Aku Sebenarnya?

Image
Di kala senja merangkak pergi, Khairul Syabab bersama ahli PCI yang lain mulai bergerak menuju ke sebuah destinasi mesyuarat agung tahunan PERUBATAN kali ke-11. Hatinya sebenarnya gusar dan resah. Masih terfikir-fikir siapakah dirinya? Mengapa dia melakukan semua ini? Bas sederhana besar itu terus membelah lebuhraya Iskandariah-Kaherah. Khairul Syabab tetap terus termenung. Pandangannya dibuang ke luar jendela. Kosong. Sesekali, notifikasi telefon bimbit mengganggu lamunan. Bersepai. Lalu dicantum semula. 'Siapa aku sebenarnya?' 'Mengapa aku perlu menyusahkan diri sendiri?' 'Bukankah lagi seronok dan tenang kalau hanya duduk dirumah sambil melayan filem-filem aksi atau berteleku sahaja di tikar sejadah sambil mengulang baca surat-surat cinta dari Allah?' Khairul Syabab monolog seorang diri. Firdaus mengusik temannya yang sedang jauh mengelamun. " Teringat kat adik-adik kat kampung ke Syabab ? Nampak jauh sungguh termenung tu." Syabab ters...

Cerpen: "Rahsia Permata Hijau"

Image
Bas Ekpress Perdana meluncur laju menuju Negeri Darul Naim. Seorang kenalan yang baru beberapa minit tadi Awang bertegur sapa, memulakan cerita. Walaupun baru sahaja kenal tapi mungkin kerna 'chemistry' berasal Dari Pasir Mas, membuatkan mereka cepat serasi. "Kau tahu, Pasir Mas adalah bandar paling kaya di Malaysia!" Ujar pemuda itu bersungguh-sungguh. "Memang la sebab nama dia Pasir Mas kan?" Balas Awang meremehkan mukaddimah cerita si pemuda. "Tak. Bukan sebab tu." "Sebab dia lain. Tak ramai orang tahu rahsia ni. Percaya lah." Ujarnya lagi beriya-iya. Awang mengerutkan dahi. Mulai was-was dengan tahap kesihatan mental pemuda bernama Zahari itu. Yang masih baru dalam radar persahabatannya. Zihinnya mulai menimbang, apa patut diteruskan perbualan rakan sedaerah ini? Atau biar saja Awang menjadi seorang yang tiba-tiba pekak dan buta? Ah, takpa. Kita bagi 'chance' dulu. Monolog Awang sendirian. "Sengoti eh dem...

Cerpen : Didiklah Anakmu

Image
Roti canai telur terhidang lazat. Masih hangat. Kuah kacang Dal campur kuah Kari menaikkan selera makan. Zainuddin menghirup perlahan Milo kosong suam. Kawannya, Aiman, sudah siap menjamah Nasi Minyak Ayam Goreng Warung Wakaf Beruas. "Man, kau tau tak tadi. Masa Aku lalu depan kawasan sekolah dalam bandar tadi. Terkejut Aku tengok budak sekolah rendah tu!" Zainuddin berperihal. "Benda apa Din? Apa budak sekolah tu buat?" Aiman berminat. "Masa tu aku tengah bawa kereta tau, mula-mula aku dah pelik. Dari jauh aku nampak budak-budak tu macam pijak sesuatu atas penutup longkang besi." "Ingatkan diorang pijak tin aluminium. Rupanya, kau tau dia buat apa?" "Cerita cerita lah Din. Apa benda dia buat sebenarnya? Ganggu selera makan betul." Rungut Aiman bergurau. "Rupanya diorang sedang pijak bekas minum plastik supaya masuk ke dalam longkang!" Aiman menepuk dahi seraya beristighfar. Astaghfirullahal adzhiim. "P...

Cerpen : Pemuda Ringan Tulang

Image
Cerpen: Pemuda Ringan Tulang Jam sudahpun menunjukkan pukul 5 petang. Engkau baru saja tersedar dari alam mimpi. Terus kau bergegas solat Asar. Sepatutnya pukul empat petang kau sudah terpacak di lorong Omar Lotfi tapi tidurmu lebih panjang dan lena sekali. Sambil berlari-lari anak kau menuruni tangga di stesen Tram Camp Caesar. Disebelah sana kelihatan beberapa pemuda melayu sedang mengangkat barang ke atas sebuah lori kecil. Hati kau lega. Waktu itu kau sedikit terkejut. Bimbang kalau salah rumah. Sebab sedalam pengetahuan kau yang terbatas itu, sepatutnya kerja pemindahan rumah pelajar tahun dua hanya akan dibantu rakan-rakan tahun lima, empat, tiga dan dua. Pelajar tahun enam memang tiada dalam fikiranmu. Kerana sudah maklum bahawa mereka dalam fasa kelas Elektif dan fasa 'study leave'. "Betul ke ini bangunan 50?" Engkau bertanya seorang senior tahun enam. "Betul dah. Yang ahli rumah dia enam orang kan?" Dia bertanya kembali. Engkau memeriks...

Cerpen: RAGU

Image
Rasanya belum cukup bersedia. Ilmu masih ditakat rendah. Kemahiran tidak berada pada tahap yang sepatutnya. Dia mengeluh. Keyakinan diri sirna. Ah, biarlah dia duduk dulu di Akademi Pelatih Juruterbang Muda. Yang sebenarnya, dia percaya bahawa dia belum mencapai tahap selayaknya. Bagaimana nanti kalau saat menerbangkan pesawat kecil, tiba-tiba suatu yang cemas terjadi? Pastinya dia akan jatuh terhempas. Ah, tak mungkin. Belum tiba masanya lagi. Biarlah dulu. Belajarlah dulu sampai pandai. Sampai mahir betul-betul. Jiwanya melemah. Jadi penakut. Entah sejak bila Yamashita mulai berubah menjadi seorang  yang tidak yakin diri. Tidak berani mengambil risiko. Tidak kuat hati untuk menggalas tanggungjawab. "Wahai Yamashita! Sejak bila kau begini?" Ujar Baha pada kawannya. "Kau ingat, kau akan jadi pandai benar dulu kemudian barulah kau akan dapat jadi juruterbang hebat?" Yamashita terdiam. "Apa kau sangka, kemahiran akan lahir dengan hanya kau berdiam ...