Cerpen: RAGU



Rasanya belum cukup bersedia. Ilmu masih ditakat rendah. Kemahiran tidak berada pada tahap yang sepatutnya. Dia mengeluh. Keyakinan diri sirna.

Ah, biarlah dia duduk dulu di Akademi Pelatih Juruterbang Muda. Yang sebenarnya, dia percaya bahawa dia belum mencapai tahap selayaknya. Bagaimana nanti kalau saat menerbangkan pesawat kecil, tiba-tiba suatu yang cemas terjadi? Pastinya dia akan jatuh terhempas.

Ah, tak mungkin. Belum tiba masanya lagi. Biarlah dulu. Belajarlah dulu sampai pandai. Sampai mahir betul-betul.

Jiwanya melemah. Jadi penakut. Entah sejak bila Yamashita mulai berubah menjadi seorang  yang tidak yakin diri. Tidak berani mengambil risiko. Tidak kuat hati untuk menggalas tanggungjawab.

"Wahai Yamashita! Sejak bila kau begini?" Ujar Baha pada kawannya.

"Kau ingat, kau akan jadi pandai benar dulu kemudian barulah kau akan dapat jadi juruterbang hebat?" Yamashita terdiam.

"Apa kau sangka, kemahiran akan lahir dengan hanya kau berdiam diri begini? Bermain-main dengan teori semata. Kalau tiada praktikal, mana mungkin datangnya kemahiran?"

"Kemahiran itu justeru di asah. Lahirnya dari melakukan sesuatu. Buat sekali, dua kali, lama-lama mahirlah." Baha menjengilkan butir mata. Garang sekali hari ini persis Harimau Malaya.

"Baha... aku belum bersedia. Berikan aku sedikit masa lagi." Rayu Yamashita pada kawannya. Dia tidak mahu dipaksa untuk terus maju sedangkan dia belum rasa bersedia.

"Time is limited my friend. We only have two years to complete this training." Tegas Baha berbahasa Mat Salleh.

"Kita mesti berani Yamashita. Observe one, do one and teach one. Kau masih ingat kata-kata ini?"

"Ya."

Yamashita melangut menatap langit biru nan luas. Burung-burung terbang bebas tanpa takut. Mengepak sayap sesuka hati. Terbang tinggi rendah. Apakah burung-burung itu akan dapat terbang hebat begitu kalau mereka dulu takut-takut seperti dirinya? Yamashita termenung lagi.



12/12/2018
@ Pantai Ba

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Hijrah

Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'