Posts

Cerpen : 31 Julai

Image
Pagi itu kami memulakan perjalanan seperti yang dirancang. Saat waktu Dhuha masih segar. Sang Mentari juga masih belum garang. Pada hari Khamis. Aku dan semua ahli keluarga memenuhkan perut kereta.   Kami menaiki   sebuah kereta Vios   dan sebuah Perodua Myvi.   Dua buah kerete meluncur laju membelah jalan raya. Aku yang berada di sebelah Abang Ngah yang sedang memandu tetap setia memerhati jalan-jalan yang dilalui. Suatu hari nanti, aku bermimpi   mahu menjadi pemandu kepada ibu dan ayah. Aku cuba menghafal   laluan yang digunakan. Kereta Myvi kuning terang itu mula memasuki lorong ke rumah arwah atuk. Di kiri kanan kereta, semak samun tebal dan meninggi. Sememangnya, lorong itu jarang dilalui kereta dan lori besar. Penduduk sekitar kampong Telaga Geran ini pun sebenarnya lebih suka menggunakan motorsikal. Kereta yang ku naiki melalui denai itu dengan berhati-hati kerana bimbang jika ada pelepah kelapa yang jatuh menghalang jalan. Akhirnya ...

Nukilan : Apa Benar Ia Mustahil?

Image
"Aku tak pandai la main bola keranjang ni." Kedengaran suara Fauzi merungut. "Bukan macam kau. Superstar. Dari sekolah menengah lagi dah wakil negeri. Mustahil aku boleh main sukan ni." Fauzi meneruskan membebel sambil menuding jari ke jihat Zainal. "Benda mustahil lah kita nak kena try. Buktikan pada dunia, bahawa perkara mustahil pada adat, tak mustahil pada aqal." "Mari aku ajar kau... cara buat balingan yang betul." "Tangan kanan kau tu, jari kena buka sikit... satu lagi buat tahan je bola." Hari Jumaat itu, alam bersaksi bahawa Zainal telah menjadi guru kepada temannya. *** Cabaran/susah/mustahil hanyalah halangan minda kita. Cuba buat sesuatu yang mustahil dalam hidup anda. Pasti hidup anda akan lebih seronok. Asalkan dalam batas halal dan haram. Beranilah mencabar diri. Usah takut mencuba tapi takutlah kalau kita tak sempat mencuba. Bittaufiq kepada member2 batch ACE, SM, PHYLOX, AYDEN, VALIANTZ dan EXQUISITUS. #PCIdihatikam...

Cerpen : ' Wisel Penamat Belum Berbunyi '

Image
Pagi Jumaat itu indah. Bertemankan rakan-rakan. Dia mengikuti perlawanan futsal di gelanggang Pediatrik. Matanya asyik memerhati perlawanan yang berlangsung. Tiba-tiba rakannya, 'Kayu Rapuh' bersuara; "Bahar, kau perasan tak? Bila kita berlari kejar bola, kita macam tak rasa letih. Tapi kalau kita berlari je. Tak tahu kejar apa, kita cepat je rasa letih. " Bahar mengerling ke kiri. Keningnya di angkat. "Jadi?" Meminta kesimpulan dari metafora yang cuba di timbulkan. "Jadi, ianya macam hidup kita lah. Kalau kita tahu apa yang kita kejar, kita tak kan rasa penat. Tak bosan. Kita akan bermotivasi. Betul tak?" "Betul. Hidup kalau ada matlamat yang jelas, pasti kita akan sentiasa bersemangat." 'MATLAMAT YANG JELAS sangat penting. Dia mengesahkan kebenaran itu jauh disudut hatinya. Satu kesimpulan dibuat untuk hari ini. *** "Woi, apa ni bawa buku? Main bola, main bola la... haha" Seorang senior menyakat temannya yang sedang mene...

Cerpen : Alpha siapa hebat !!!

Image
" Alpha ! " " Siapa hebat ? " " Alpha ! " " Siapa kuat ? " " Alpha ! " " Siapa menang ? " " Alpha ! " " Alpha. Alpha. Alpha. Alpha. Alpha. " " Aauuummm... ." Mengaum seperti harimau Malaya lagaknya. Afiq menjerit sehabis suara demi menaikkan semangat juang pasukan Alpha. Setiap ahli pasukan turut serta bersorak. Sorakan itu berjaya menenggelamkan sorakan pasukan lain. Awang pula tegap berdiri sambil mengibar bendera kuning Alpha. Ke kiri dan kanan. Tampak meriah sekali. Kapten Dzarrin tersenyum gembira. Senyuman yang di ukir tanpa paksa. Semua orang pada hari ini merasakan kegembiraan. Roh ukhuwah segera menyelinap di antara kami. Sesungguhnya, saat ini pasti akan di rindui suatu masa nanti. Kini, program SC BRO sudah sampai ke penghujung aktiviti. Para sahabat masih tidak berganjak dari padang Paediatrik walau sedari mula menghadirkan diri. Kerana SC BRO berjaya memberi penangan yang luar bias...

Cerpen : Aku Masih Mentah

Image
Cerpen : Aku Masih Mentah (1) "Zainuddin, lepas habis round petang kita main badminton nak ?" Alif mengajak perlahan. Bimbang di dengari doktor pakar. Keningku terangkat sedikit. Teruja. "Boleh jah. Lama dah aku tak main badminton" "Nak main kat mana?" "Dewan Badminton USM. Boleh ? Ke nak balik lewat lagi hari ni?" Alif masih belum hampa. Hasratnya untuk meluangkan sedikit masa bersama teman-teman yang baru tiga minggu dikenali. Tambah mengharukan jiwanya; hari ini adalah hari terakhir untuk mereka bersama. Posting Elektif mereka sudah selesai. "Boleh lah. No hal lah. Cuma, nanti tolong hantar ana kat Pasir Mas ya." "Bereh boh. barang mudah jah tu. Haha." Aku tergelak perlahan mendengar jawapan Alif. Bak kata seorang sister, kalau jadi doktor kena cakap perlahan-lahan supaya tidak mengganggu pesakit. Wring! Wring! Wring! Wring! Loceng kecemasan berbunyi empat kali. Cemas. Petanda ada pesakit baru masuk ke...