Cerpen : Ramadan Mendidik Pemuda
Cerpen:"Ramadan
Mendidik Pemuda" 1.0
Senja itu tenang sahaja. Riuh-rendah dan hiruk-pikuk hari-hari semalam sudah hilang dibasmi Ramadan.
Belum lagi azan Isyak berkumandang, Yamashita dan Tomoyuki sudah pun melangkah masuk ke Masjid Nur Islam. Malam pertama berterawih mahu mereka jadikan permulaan yang baik. Bukan mereka berdua sahaja, malah setiap lapisan masyarakat di bumi ini turut teruja dengan hadirnya Ramadan.
Dalam damai yang penuh, mereka mengangkat takbir memulakan Solat Isyak. Disusuli dengan empat rakaat Terawih. Kemudian mereka berehat seketika.
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." Ujar Imam Hasan dalam tazkirah ringkasnya itu. Para jemaah kembali bersemangat untuk meneruskan baki empat rakaat.
"Yamashita... kamu masih laratkan untuk meneruskan Solat Terawih?" Tomoyuki cakna akan rakannya yang sudah menginjak usia 64 tahun. Persaudaraan dua juruterbang Zero Fighter itu memang menakjubkan.
Bersambung...

Mendidik Pemuda" 2.0
Tepat 10.10 malam, solat Terawih dan Witir di Masjid Nur Islam selesai akhirnya. Hari pertama berterawih terasa berat. Maklumlah, kalau sebelum Ramadan solat sunat selepas Isyak pun jarang sekali.
Tomoyuki kepenatan namun dia cukup teruja melihat suasana didalam masjid pada malam ini. Boleh dikatakan lima per sepuluh dari ahli jemaah adalah para remaja dan pemuda. Hebat sungguh aura bulan ini sehinggakan mampu menarik para remaja dan pemuda.
Yamashita yang sudah berumur itu sedang leka memerhatikan gelagat seorang kanak-kanak kecil. Agaknya dia sedang merindui cucunya.
"Tomoyuki... ke sini." Yamashita memanggil sahabatnya.
"Kau tahu... aku rasa ajaran agama Islam, di bumi Iskandariah ini akan berterusan hingga ke beberapa generasi lagi. Lihatlah pada ahli jemaah malam ini. Dari yang berusia dua tahun hinggalah yang berumur hampir seabad, semua ada disini. Bahkan, kaum wanita juga turut serta menghadiri solat berjemaah malam ini." Tomoyuki mengangguk-angguk setuju.
"Generasi tua mereka sungguh bijak dan prihatin. Mereka bukan hanya datang ke masjid seorang diri malah mereka turut mengheret tangan-tangan ahli keluarga mereka untuk ke sini. Mereka mempunyai kesedaran untuk mendidik para pemuda dan remaja yang cukup tinggi. Mereka membiasakan pelapis generasi mereka dengan taat beribadah disini."
"Kau lihat dihujung sana." Jari telunjuk Yamashita melurus ke jihat sana. Seorang datuk kelihatannya sedang mengajar cucunya membaca Al-Quran sementara para jemaah perlahan-lahan keluar dari masjid. Mereka jadi bertambah kagum. Sedang mereka asyik memerhati keadaan, seorang Ammu mendekati mereka.
"Antuma dari Jepun?"
"Ya.. ya... Bagaimana Ammu tahu?" Yamashita kaget.
"Ana Khalid. Panggil saja Ammu Khalid."
"Imam Hasan yang memaklumkan kepada saya tentang kalian. Katanya kalian perlukan penempatan sementara di Iskandariah ini. Nama kamu berdua siapa ya?"
"Saya Yamashita. Ini kawan baik saya, Tomoyuki."

Mendidik Pemuda" 3.0
Ammu Khalid membawa dua orang lelaki Jepun itu ke rumah tumpangannya sementara. Yamashita dan Tomoyuki sungguh senang hati dimuliakan sebagai tetamu begitu. Ammu Khalid adalah antara orang kaya di Iskandariah ini. Dialah pemilik kedai runcit 'Abou Kilah'. Kedai runcit yang terletak di lot penjuru simpang empat Memphis Street.
"Haziq... berikan Ammu sekotak Jus Anggur Juhaina." Seru Ammu Khalid kepada pekerjanya. Haziq lalu mencapai sekotak jus. Sempat juga dia menegur dua orang lelaki yang bersama Ammu Khalid itu.
"Antuma dari China?" Orang Mesir selalu menyangka orang berwajah Asia adalah orang China.
"Tak. Tak. Kami dari Jepun." Tomoyuki segera membetulkan fakta. Mereka kemudiannya terus mengikuti Ammu Khalid. Ammu Khalid melangkah masuk ke sebuah bangunan berdekatan kedai runcitnya itu. Yamashita ikut masuk. Tomoyuki mendongak kepala. Matanya cuba membaca nombor pada pintu gerbang masuk bangunan. Kemudian baru dia ikut masuk sekali.
37/٣٧.
"Berehatlah dulu disini ya walaupun rumah sewa saya ini tidak semewah hotel di Jepun. Haha..." Ammu Khalid merendah diri.
"Berapa harus kami bayar untuk tidur semalaman atau dua malam disini?" Yamashita segera bertanya sambil membelek not kertas matawang Mesir. Sebolehnya dia tidak mahu mengambil kesempatan. Hak setiap orang perlu dipenuhi.
"Tak usah. Aib. Aib." Bantah Ammu Khalid. Begitulah budaya orang arab. Bagi mereka satu keaiban kalau mengambil wang atas layanan yang sepatutnya mereka berikan.
"Inilah peluang saya untuk berbuat sedeqah. Tambah pula dibulan yang mulia ini... Kamu tahu... Rasulullah saw itu sangatlah pemurah. Apabila memasuki bulan Ramadan, baginda lebih pemurah dari angin yang berhembus. Jadi... saya pun mahu jadi pemurah macam baginda saw." Yamashita tersenyum mendengarkan perihal peribadi mulia itu.
"Nah, ambillah Jus Anggur ini. Berehatlah ya. Esok, saya akan datang untuk mengejutkan kalian untuk bersahur." Ammu Khalid berlalu pergi selepas menyerahkan kunci rumah sewa.
'Umat ini sungguh beruntung. Mereka dikurniakan sebaik-baik bulan. Diturunkan sebaik-baik kitab. Rasul yang terakhir juga diutuskan untuk mereka. Setiap kata-kata dan perbuatan baginda saw diulang-ulang kepada ahli masyarakat mereka. Agar mereka mencontohi baginda saw. Mana mungkin para pemuda umat ini tidak terdidik dengan baik.' Desus Tomoyuki sendirian.

Mendidik Pemuda" 4.0
Bunyi pintu bilik diketuk beberapa kali. Tomoyuki segera tersedar dari tidur. Dilihatnya, abang Takeda mampir. Lantas mengejutkan dia bersahur. Namun hatinya masih mahu tidur. Selimut ditarik kembali. Dia menyambung dengkur.
Sebentar kemudian, ibunya pula yang datang. Ibu Norita mengusap-usap lembut kepala anaknya sambil berbisik minta Tomoyuki bangun bersahur. Tomoyuki membuka matanya tetapi seorang lelaki bermisai nipis dan berjanggut jarang didepannya.
"Mana Mak? Mana Ibu Norita?" Yamashita ketawa. Rupanya Tomoyuki masih mamai.
"Mana ada Ibu Norita di Iskandariah ni Tomoyuki... Mak kamu kan masih lagi di Jepun."
"Sudah. Sudah. Basuh muka tu. Mari kita bersahur. Walaupun sedikit tetap kena usaha untuk sahur. Sahur kan ada keberkatan. Walaupun seteguk air saja." Yamashita menekankan kepentingan bersahur pada sahabatnya itu.
"Kalau Ibu Norita tidak ada disini, aku tidak mahu bersahur!"
"Sejak bila kau berperangai seperti budak kecil ni?" Sindir Yamashita.
"Allahu Akbar. Allahu Akbar." Terkejut mereka berdua mendengar azan subuh. Jam ditangan baru pukul 2.40 pagi. Kalau tidak salah dengar, kata Ammu Khalid semalam, subuh disini pukul 3.09pagi.
'Tukkk... Tukkk... Tukkk!" Ammu Khalid minta dibukakan pintu. Yamashita bangkit maju ke pintu rumah.
"Oh, maafkan Ammu. Hampir saja saya terlupa akan tetamu istimewa saya ini." Ujar Ammu Khalid sambil menghulurkan dua bungkusan. Didalamnya ada nasi Kabsah.
"Tapi Ammu Khalid... " Celah Tomoyuki.
"Oh... itu azan yang pertama. Belum betul-betul masuk subuh tu. Makanlah... makan." Tenang sahaja Ammu Khalid. Di Iskandariah memang begitu. Azan subuhnya ada pertama dan kedua tapi bukan semua masjid mengamalkan cara itu.
"Alhamdulillah, ingatkan sudah habis waktu sahur tadi." Yamashita tersenyum seraya membuka bungkusan.
"Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah berkatilah pada makanan yang Dikau rezekikan kepada kami. Dan lindungilah kami dari azab api neraka." Ammu Khalid besar hati melihat tetamunya bersahur dengan masakan isterinya.

Mendidik Pemuda" 5.0
Keretapi ENR 926 tiba tepat seperti dijadualkan. 7.30 malam. Seorang lelaki muda berkaca mata gelap dan berpakaian hitam kemas menapak keluar dari Stesen Keretapi Sidi Gabir. Dia mengitar pandangan.
"Tax?" Seorang pemandu teksi menyapa lelaki muda itu.
"Ya. Ke Camp Caesar?" Pemandu itu mengangguk setuju. Pemuda itu terus masuk ke dalam perut kereta. Kemudian pemuda itu membuat panggilan telefon. Sepanjang perbualan itu, dia berbahasa arab sahaja.
Selepas tamat panggilan, dia asyik memerhati kiri kanan jalan. Sesekali pemandu itu mencuri pandang raut wajah pemuda itu. Orangnya seperti lelaki Asia tetapi bahasa arabnya sangat fasih. Sehingga dia menyangka pemuda itu adalah orang arab!
Teksi kuning hitam itu berhenti di muka lorong Nur Islam di Camp Caesar. Pemuda itu segera keluar sambil menyerahkan not kertas 20 genih. Dia bergerak beberapa langkah meninggalkan pemandu itu namun terpaksa berpatah balik.
"Ni baki kamu, 10 genih. Siapa nama kamu wahai pemuda?" Pemandu teksi tadi cuba membuka bicara.
"Saya Fumio." Terus dia melajukan langkah. Malam ini dia telah berjanji untuk bertemu seseorang di Camp Caesar. Matanya meliar mencari suatu nama papan tanda kedai kacamata. Akhirnya ketemu.
VENEZIA OPTICAL.
Fumio melihat dari luar kedai. Mencari kelibat lelaki yang berjanji untuk bertemu dengannya malam ini. Menurut email yang diterima, lelaki itu tahu maklumat yang Fumio mahukan. Perasan dengan kehadiran Fumio, lelaki itu membuat isyarat supaya dia tunggu sebentar.
Fumio mengalih pandangannya pada sebuah bangunan besar berdekatan. Dari corong pembesar suara, kedengaran jelas alunan kalimah-kalimah didalam bahasa Arab. Fumio tahu, itulah ayat-ayat AlQuran milik umat Islam. Umat Islam mendakwa AlQuran itu adalah wahyu dari Pencipta alam jagat ini. Pun begitu damai rasa hatinya menghayati ayat-ayat itu.
"Kamu Ammu Tamer?"
"Dan kamu Fu... Fumio?"

Mendidik Pemuda" 6.0
Imam Hassan memberi salam ke kanan dan ke kiri. Menandakan solat Terawih dan Witir untuk malam ini sudahpun selesai. Tomoyuki menghembus nafas lega. Yamashita disebelah kanan sambung berwirid. Kumat-kamit mulutnya membaca zikir dan istighfar.
Imam Hassan bergerak datang ke arah mereka berdua. Di belakang Imam Hassan ada seorang remaja ikut serta. Muka Imam berseri-seri. Tomoyuki nampak bagaikan bulan penuh bercahaya. Mungkin itu tempias cahaya AlQuran yang selalu dibacanya barangkali.
"Apa khabar kalian berdua?"
"Gembirakah beribadah disini?" Sapa Imam penuh cakna.
"Alhamdulillah seronok. Imam baca Quran merdu sungguh. Ahli jemaah Terawih pun sentiasa penuh. Sampaikan saya pun rasa bersemangat untuk meneruskan sehingga akhir." Jujur sahaja butir bicara Yamashita.
"Kamu bagaimana pula?" Imam mengisyarat pada Tomoyuki. Tomoyuki tersengih panjang.
"Alhamdulillah seronok dan bersemangat." Ringkas.
"Imam Hassan, saya minta maaf mencelah." Remaja tadi pun mahu ikut bicara. Tomoyuki memandang jubah ungu muda remaja itu. Lawa.
"Ya, Haikal. Silakan."
"Saya mahukan nasihat berkenaan Quran, sebab akhir-akhir ini saya tidak bersemangat untuk melazimi membaca Quran lagi. Sedangkan saya lihat, orang lain membaca Quran sepanjang hari."
"Tolonglah nasihatkan saya Imam." Tomoyuki jadi kagum dengan kesedaran hati remaja ini. Sungguh tidak mudah untuk meminta nasihat. Ramai yang ego dan lalai dari menerima nasihat.
Imam Hassan memegang bahu Haikal. "Semoga Allah merahmati kita semua insyallah. Apabila ada kawan yang meminta nasihat, maka kita mesti memberi nasihat. Boleh jadi sebenarnya nasihat itu adalah untuk diri kita sebenarnya."
"AlQuran itu adalah pedoman dan petunjuk. Ia ibarat cahaya. Menjadi cahaya penyuluh dalam dunia yang gelap dan kelam ini. Sesungguhnya 1400 tahun yang dulu Allah telah buktikan bahawa AlQuran benar-benar pedoman. Dengan AlQuran, Allah swt mengeluarkan kaum Quraisy dari kegelapan Jahiliah kepada cahaya hidayah Islam."
"Dari menjadi manusia yang menyembah batu-bata patung berhala kepada manusia yang menyembah Allah yang Esa. Dari kesempitan hidup didunia kepada keluasan akhirat. Dari kezaliman tatacara hidup manusia kepada panduan hidup yang adil dan sejahtera."
"Jadi, kalau kita mahu dikeluarkan dari zulumat dunia ini, apa harus kita buat?"
"Bacalah dan ambillah pelajaran dari AlQuran." Haikal membuat kesimpulan sendiri.

Mendidik Pemuda" 7.0
"Bagus! Kamu mudah faham apa yang saya sampaikan." Ujar Imam Hasan pada Haikal.
"Imam Hasan." Yamashita ingin bertanya sesuatu. "Saya lihat, masyarakat disini begiti menekuni membaca AlQuran. Justeru, bolehkah kamu kongsikan pada saya dan kami semua... tentang kelebihan ibadah membaca AlQuran?"
"Saudaraku Yamashita yang dicintai Allah, boleh. Insyallah saya kongsikan dua hadis baginda saw." Imam Hasan senang untuk berkongsi. Ilmu yang Allah bagi pada kita, bukanlah untuk kita sahaja. Malah harus kita kongsikan. Rasulullah saw pun berpesan agar menyampaikan apa yang datang dari baginda saw walaupun satu ayat.
"Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya, barang siapa yang membaca satu huruf kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Imam Hasan memandang Yamashita dan Tomoyuki lalu kembali menyambung.
"Itu kalau waktu biasa-biasa. Kalau bulan Ramadan ini, lagilah berganda pahalanya. Siapa antara kita yang mahu cepat kaya? Modal satu genih, untung 10 genih."
"Kedua, berpesan Rasulullah saw kepada kita yang maksudnya: Dikatakan kepada pembaca al-Qur,an: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.”
"Maksudnya apa Haikal?" Imam mengangkat kening kepada Haikal.
"Maknanya, lagi banyak kita baca... lagi tinggi darjat kita di Syurga nanti."
"Tepat sekali. Dan, tahukah antum bahawa penduduk Syurga suatu hari nanti akan cemburu dengan orang yang Syurganya lebih atas dari mereka. Tapi waktu itu, sudah berakhir masa untuk membuat amal. Ianya waktu menuai dan memungut hasil. Makanya Yamashita, bekerjalah dan beramallah didunia untuk kehidupan akhirat yang lebih kekal.
Yamashita menguntum senyum. Sebentar kemudian datang Ammu Khalid menjemput dua orang lelaki Jepun itu. Perkumpulan mereka terus bersurai selepas semua bersalaman.
"Apa yang kalian bincangkan dengan Imam Hasan tadi?" Haziq datang menerpa. Sebenarnya dia asyik memerhati dari tadi tapi segan untuk turut sama.
"Pasal AlQuran. Kitab suci pedoman Umat Islam ni." Seraya Haikal menunjukkan mushaf AlQuran ditangannya itu.
"Ikal! Jom ikut aku lepas ni!"
"Pergi mana? Nak tidur la lepas terawih ni." Balas Haikal spontan.
"Kedai Pizza Camp. Aku kempunan roti canai coklat." Haikal menurut saja. Asalkan temannya belanja.

Mendidik Pemuda" 8.0
Tomoyuki menuruni anak tangga masjid perlahan-lahan. Meraikan sahabatnya Yamashita yang makin berusia. Bukan tidak gagah tapi kurang laju.
Dari dalam kedai Venezia Optical, Fumio mengintai-ngintai kelibat orang yang dicarinya itu. Segala maklumat yang di inginkan,telahpun dia dapati bersumberkan Ammu Tamer. Matanya melilau. Menangkap cermat pergerakan setiaporang yang keluar dari masjid.
Anak matanya bulat membesar. Sasarannya betul-betul dihadapan matanya. Sekadar lima meter sahaja jarak antara mereka. Tiba-tiba datang sebuah ambulan bertempik cemas. Memisahkan mereka. Para jemaah yang baru keluar dari masjid terus memberi ruang.
Seorang pesakit perempuan tua dibawa keluar dari van ambulan dan terus dibawakan ke bahagian kecemasan. Dibahagian bawah dan atas bangunan masjid itu,telah dibina juga sebuah hospital swasta. Mengambil nama yang sama juga. Hospital Nur Islam. Hakikatnya Masjid Nur Islam dan Hospital Nur Islam bernaung dibawah pertubuhan kebajikan yang sama.
Dalam kalut begitu, rupanya Fumio sudah kehilangan sasarannya. Entah ke mana perginya Yamashita dan Tomoyuki.

Mendidik Pemuda" 9.0
Fumio tidak berpuas hati. Dia gagal menemui dua lelaki itu. Dia kembali ke dalam kedai Venezia Optical untuk meminta alamat tempat tinggal dua lelaki itu.
Malam itu, Fumio menangguhkan diri dari menerjah ke rumah sewa ammu Khalid di bangunan 37. Sebaliknya dia bermalam disebuah rumah sewa bangunan 30. Bangunan Burj Zamzam.
***
Dia mengetuk pintu berkali-kali namun tidak berbalas jawapan. Tiba-tiba muncul dari arah belakang, Ammu Khalid. Katanya pada Fumio, bahawa dua lelaki yang dicarinya itu baru saja berlalu pergi. Lebih kurang lima minit. Fumio segera berlari keluar. Menuju lorong Memphis.
Termengah-mengah dia berkejaran. Namun tidak berhasil menemui dua lelaki Jepun itu. Bunyi hiasan warna-warni yang digantung ditiup angin, sedikit menenangkan dirinya. Zihinnya kembali ligat merencana plan B.
Pada masa yang sama, satu kilometer dari tempat Fumio berdiri, Yamashita dan Tomoyuki menahan Tramco. Mereka mahu ke Perkampungan Karamella.

Cerpen:"Ramadan Mendidik Pemuda" 10
Tramco bergerak laju menuju Perkampungan Karamella. Tomoyuki
melempar pandangan ke luar jendela Tramco. Fikirannya jauh. Ladang gandum
dilihatnya tanpa perasaan.
"Hari ini 10 Ramadan. Kau tahu apa istimewanya tanggal ini
buat penduduk disini?" Soal Yamashita. Tomoyuki menggeleng kepala tanda
tidak tahu.
"10 Ramadan 1973. Tentera mesir berjaya merentasi Terusan
Suez yang dikuasai Israel sebelumnya."
"Bulan Ramadan adalah Syahrul Jihad. Bulan
bersungguh-sungguh. Bukan Syahrul Kasal. Bukan bulan bermalas-malasan."
"Wah, rupanya kau sangat berpengetahuan tentang sejarah
dunia." Tomoyuki memberi pujian selayaknya.
"Waktu disekolah menengah atas dahulu, matapelajaran
sejarahlah yang paling aku minati. Hingga setiap kali ujian, akulah orang
teratas markahnya."
"Adakah kau sudah sedia untuk misi kita kali ini,
Tomoyuki?" Soal Yamashita lagi. Kali ini bernada serius. Raut mukanya pun
nampak bersungguh.
"Insyallah." Tomoyuki sedar bahawa kalau bukan kerana
tanggungjawab, manakan dia mengangkat kaki melangkah bersama ke medan juang
itu. Bagaimana dia boleh hidup bahagia sendiri, sedangkan disana ada saudara
yang memerlukan bantuan.
Bersambung...
Cerpen:"Ramadan Mendidik Pemuda" 11
Petang ini, mereka berdua tiba buat kali keduanya ke
Perkampungan Karamella. Kali pertama sewaktu mendaratkan kapal terbang 'Zero
Fighter' ke negeri Iskandariah buat pertama kali. Yang sebelumnya baru sahaja
menyelesaikan beberapa misi dari luar negeri.
Kedamaian suasana kampung terus menyelimuti tanpa dipinta.
Kehijauan tanaman meredupkan mata-mata yang memandang. Hati segera merasa
lapang. Walaupun dikampung, jalannya tidaklah bermandikan minyak tar,
pengangkutan kereta kuda pun masih ada lagi, rumah-rumah tidaklah berhawa
dingin namun ketenangan kampung tiada tolok bandingnya.
Yamashita dan Tomoyuki menyusun langkah menuju ke rumah Ammu
Kareem. Kepada dialah mereka titipkan amanah untuk menjaga pesawat 'Zero
Fighter' kesayangan mereka. Mereka sungguh langkah kanan pada petang itu kerana
Ammu Kareem tidak ke mana-mana. Biasanya waktu sebegini, Ammu Kareem sudah
bersiap ke masjid untuk menyediakan Maidah Rahman(Jamuan Berbuka Puasa).
"Ahlan-ahlan. Kullu 'Am wan antum bikhoir." Ammu
Kareem mempelawa masuk ke rumahnya.
"Ahlan bik. Wa antum bikhoir." Balas Tomoyuki. Sudah
dihafalnya kalimah itu sebelum ini.
"Berbuka puasa disini insyallah?" Ujar lagi Ammu
Kareem. Tomoyuki dan Yamashita saling berpandangan. Kalau menurut rancangan
Yamashita, mereka hanya mahu mengambil Zero Fighter lalu bergegas ke
Semenanjung Arakan. Namun ajakan Ammu Kareem sepertinya harus diraikan juga.
Teringat dia pada pesan baginda saw agar tidak menolak undangan atau jemputan
apabila di ajak. Itu juga hak sesama saudara.
"Insyallah. Boleh." Riang hati Ammu Kareem mendapat
sambutan begitu.
"Pesawat kami bagaimana?" Yamashita tunjuk cakna.
"Alhamdulillah, dalam keadaan yang baik. Saya menyimpannya
dengan baik sebagaimana amanah antum pada saya." Tanpa berbual panjang
lagi, Ammu Kareem lantas membawa mereka ke tempat Maidah Rahman.
Yamashita menyoroti pandangannya. Kelihatannya satu plastik
putih dihampar memanjang diruangan legar. Di atasnya ada nasi putih, ayam bakar
dan jeruk. Disusun elok memanjang. Beberapa tempat sudah ada orang duduk
disitu.
Mereka mengambil satu tempat berdekatan. Bersalaman mesra dengan
orang tempatan disitu. Rasa kagum pada pekerja sukarelawan yang menyediakan
makanan dan pada orang-orang yang mendanai majlis berbuka puasa itu segera
hadir dibenak hati mereka.
"Saudara-saudaraku, kita masih lagi punya masa dalam
sepuluh minit. Sebelum tiba waktu berbuka. Justeru, marilah kita mengambil
kesempatan masa yang berkat ini untuk memohon kepada Yang Maha Kaya."
"Mudah-mudahan, kalau ada antara kita yang sakit maka Allah
sembuhkan. Kalau ada yang berhajat maka Allah sampaikan. Kalau ada yang ditimpa
ujian maka Allah berikan sabar dan ketabahan. Mintalah juga agar kita diberikan
taufiq dan hidayah hingga ke akhirnya." Panjang lebar seorang pemuda
berjanggut lebat memerihal kelebihan berdoa sebelum berbuka. Yamashita dan
Tomoyuki pun turut serta menadah tangan memohon kepada Allah.
Bersambung...
Cerpen:"Ramadan Mendidik Pemuda" 12
Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah Tomoyuki dan
Yamashita angkat kaki menuju stor simpanan rumput-rumput kering milik penduduk
Kampung Karamella. Disitu Zero Fighter disimpan dan disembunyikan.
Tomoyuki berlari-lari anak lantas melompat masuk ke ruang pemandu
pesawat. Dia menekan suis utama lalu cuba menghidupkan enjin Zero Fighter. Dua
tiga kali cubaan dilakukan namun gagal menghidupkan enjin pesawat
kesayangannya. Puncanya tidak dapat diketahui.
Tanpa berkeluh kesah panjang, Yamashita mengajak Tomoyuki kembali
ke rumah Ammu Kareem. Disana mereka minta untuk bermalam sehari dua sebelum
pesawat dapat dibaiki. Masuk sahaja waktu Isyak, mereka berdua menurut jejak
Ammu Kareem ke masjid berdekatan.
Walaupun hajat mereka tertunda namun mereka sangat beruntung pada
malam itu. Selepas lapan rakaat Terawih, Imam masjid memberikan sedikit
peringatan Tazkirah yang sungguh bermakna.
Katanya begini; "Sesungguhnya Allah telah memuliakan kita
menjadi tetamu bulan Ramadan yang mulia ini. Alhamdulillah. Kemudian, kita
dipanjangkan lagi umur kita hingga sampai ke malam ini. Malam ini kita sudah
mencecah malam kesepuluh terakhir Ramadan. Sedarkah kalian?"
"Sepuluh akhir Ramadan mesti kita rebut peluang ini. Inilah
masa yang sangat bermakna. Bahkan malam Lailatul Qadar juga dikatakan
terkandung dalam sepuluh malam akhir ini."
"Saudaraku yang dicintai kerana Allah sekalian, tahukah
kalian bagaimana Rasul sallahu 'alaihi wasallam menghadapi bahagian satu
pertiga bulan ini?" Tomoyuki mendengar dengan khusyuk.
“Adalah Rasulullah SAW jika telah masuk sepuluh hari terakhir
bulan Ramadhan, beliau mengencangkan kainnya, menghidupkan malamnya, dan
membangunkan keluarganya.”
"Baginda saw mengajar kita. Mendidik para orang dewasa dan
pemuda, bahawa di sepuluh akhir ini kita harus menggandakan lagi ibadah. Bahkan
baginda saw mengajar kita agar berlama-lamaan dimasjid dan yang tidak kurang
penting juga, baginda malah mendidik kita ajar mengajak ahli keluarga untuk
turut serta beribadah." Tomoyuki mengangguk mengerti. Tersemat azam didadanya
untuk melebihkan lagi ibadah disepuluh hari terakhir ini.
Bersambung...
Cerpen:"Ramadan Mendidik Pemuda" 13
Yamashita membongkokkan badannya. Jari-jemarinya kotor bermandi
minyak hitam. Dia cuba membaiki sedikit kerosakan pada enjin pesawat Zero
Fighter kesayangannya itu. Pesawat itu adalah antara keluaran awal Mitsubishi.
Model A6M Zero Fighter itu dikenali juga dengan panggilan 'Rei-sen'.
Jiro Horikoshi. Itulah manusia yang bertanggungjawab dibalik
rekacipta ratusan pesawat Zero Fighter yang telah memusnahkan pangkalan tentera
Amerika di Pearl Harbor dahulu. Hakikatnya, dia hanyalah sebagai ketua jurutera
yang merekacipta tanpa bermaksud menjadikan pesawatnya sebagai pencetus
peperangan dunia.
Dialah juga guru kepada Yamashita. Yamashita mempelajari segala
selok-belok berkaitan kejuruteraan kapal terbang Jepun sewaktu menuntut di
Institut Angkasa dan Aeronautik di Universiti Tokyo.

Pesawat A6M Zero Fighter N106 itu juga merupakan pemberian
hadiah istimewa dari Prof Horikoshi kepada Yamashita kerana kepintaran dan
kecemerlangannya di Institut Angkasa dan Aeronautik. Setiap kali melihat
pesawat Zero Fighter N106, hati Yamashita pasti merasa sayu. Kerana jurutera
yang merintis pembinaan Zero Fighter telahpun lama meninggalkan
legasi-legasinya.
Satu kata-kata Jiro Horikoshi yang cukup mengesankan Yamashita,
yang selalu di ingatinya; "Pemuda adalah aset negara. Mereka memiliki
kekuatan dan potensi yang cukup besar untuk merubah dunia. Justeru, setiap
pemuda mesti membuktikan kekuatan dan potensi yang terpendam dalam diri-diri
mereka!"
"Apa yang kamu menungkan Yamashita?" Tomoyuki yang
tadinya asyik membaca AlQuran sambil menemani Yamashita menyergah. Hilang
lamunannya. Kenangan silam Yamashita berserakan keluar dari minda sedarnya.
"Teringatkan arwah Jiro Horikoshi!"
"Sebelum aku menemui kamu, zaman mudaku telah habis menimba
ilmu dari beliau."
"Sememangnya dia layak untuk di ingati kerana dia bukan
hanya mencipta sebuah pesawat malah dia meninggalkan legasi yang cukup besar
kepada bidang penerbangan negara kita." Tokok Tomoyuki menumpang bangga.
"Ke mari! Cuba kau hidupkan pesawat ini!" Tomoyuki
meletakkan AlQuran yang sedang dibaca dibangku. Dua kali percubaan sahaja,
enjin pesawat berderum kuat. Maknanya perjalanan mereka untuk menunaikan misi
Semenanjung Arakan bakal tertunai.
Sebentar kemudian, azan berkumandang menandakan masuknya waktu
solat Zohor. Mereka berdua segera membersihkan pakaian untuk pulang ke rumah
Ammu Kareem. Selepas Asar sebolehnya mereka sudah mahu berlepas.
Bersambung...
Cerpen:"Ramadan Mendidik Pemuda" 14
Mereka berdua bersiap-siap mengemas barang untuk berangkat pergi
dari rumah Ammu Kareem. Tiba-tiba kedengaran riuh suara kanak-kanak berteriak.
"Malizi... Malizi..." Tomoyuki menjengah keluar
jendela. Puluhan pemuda-pemuda Malaysia baru saja sampai. Mereka keluar dari
dua buah mini bas dan sebuah van. Hampir kesemua berbaju hijau.
"Yamashita. Tomoyuki. Diluar sana ada segerombolan
mahasiswa Malaysia datang. Mereka dari Universiti Iskandariah." Yamashita
mengangguk.
"Kenapa mereka datang ke sini Ammu Kareem?" Ujar
Tomoyuki.
"Oh... sebenarnya mereka datang untuk memberikan sumbangan
makanan keperluan dikampung ini hari ini."
"Patutlah mereka begitu ramai."
"Marilah kalian ikut saya. Boleh kalian berkenalan dengan
mereka. Mereka adalah mahasiswa universiti yang terpuji. Pemurah. Malah
berakhlak mulia."
"Menarik tawaran ini!" Yamashita bingkas dari
duduknya. Mereka bertiga keluar untuk menemui para mahasiswa itu.
"Assalamualaikum habibi, enta 'amil eih?(wahai kekasihku,
kamu apa khabar?" Ammu Kareem menyapa seorang mahasiswa itu.
"Waalaikumussalam, alhamdulillah kuwayis giddan. Wa enta
'amil eih ya habib albi?(syukur pada Allah. Dan kamu apa khabar juga wahai
kekasih hatiku?)" Balas pelajar itu dengan mesra. Lalu berjabat tangan
dengan Ammu Kareem dan dua lelaki Jepun itu. Masing-masing memperkenalkan diri.
Tomoyuki mencuit bahu salah seorang mahasiswa. Mukanya iras
orang cina. Tomoyuki bertanya adakah dia orang cina kerana matanya sepet dan
kulitnya putih. Mahasiswa itu gelak mendapat jolokan begitu.
"Apa panggilan yang patut saya panggil kepada kamu?" Tomoyuki menyambung bicara. Ammu Kareem dan Yamashita sedang sibuk membantu
mengagihkan beg-beg plastik makanan.
" Orang Mesir panggil saya Yahya tapi nama panggilan saya
Ahyad. Saya lebih suka dipanggil Ahyad. Abang yang berdarah Jepun ni pula,
siapa nama?" Tersengih Ahyad dibuatnya.
"Panggil saja Tomoyuki." Pendek sahaja bicara dia.
"Ahyad, marilah duduk disini. Saya ingin berbual-bual dengan
kamu. Kamu mengingatkan saya pada rakan-rakan saya yang berbangsa cina."
"Boleh... haha... tapi saya tidak pandai berbahasa
cina." Balas Ahyad sambil berseloroh.
"Apa yang membuatkan Ahyad dan rakan-rakan, untuk bergerak
membuat aktiviti serupa ini?" Jujur pertanyaannya.
"Ramadan!" Sepatah jawab Ahyad.
"Ramadan? Maksud kamu?" Tomoyuki meminta huraian.
"Ramadan mendidik pemuda. Setiap kali Ramadan, kami akan
buat aktiviti sebegini. Kan pahala dibulan ini diganda-gandakan?
"Oh, faham. Saya tertarik dengan ayat mula-mula kamu sebut
tadi."
"Ayat yang mana?"
"Ramadan mendidik pemuda." Celah Tomoyuki pula.
"Apa yang menyebabkan Abang Tomoyuki tertarik dengan ayat
itu?"
"Saya selalu dengar. Saya selalu lihat keadaan para pemuda
disini. Seolahnya benar kata-kata kamu. Tapi saya belum mengerti bagaimana
dengan kehadiran bulan ini dapat mendidik para pemuda? Sedangkan bulan lain pun
tidak kurang hebatnya juga."
"Bagi saya Ramadan itu ibarat madrasah. Sebuah sekolah atau
kolej. Didalamnya ada silibus atau sukatan pelajarannya. Adanya jadual dan
beberapa aktiviti yang istimewa."
"Dalam Ramadan, kita bermula dengan bangun malam lalu kita
di anjur untuk solat malam walau dua rakaat. Kemudian kita bersahur. Usai
bersahur kita solat subuh berjemaah.
Selepas solat subuh, mungkin di masjid diadakan tazkirah atau
mungkin kita membaca AlQuran. Pukul lapan atau sembilan, kami ke kuliah.
Kemudian solat zohor. Solat Asar berjemaah. Ada masa luang, kita di galakkan
membaca Quran.
Apabila hampir waktu berbuka, digalakkan kita untuk berdoa.
Apabila masuk Maghrib, kita makan kurma lalu terus Solat Maghrib. Selepas itu
barulah makan berat sedikit. Masa terluang bacalah Quran sehingga Isyak.
Datang ke masjid lagi, untuk solat Isyak dan Terawih. Untuk
sepuluh malam terakhir ini, lagi elok kita beriktikaf dimasjid untuk
Qiamullail."
"Subhanallah."
"Tapi itu baru jadual. Kalau mahu betul-betul terdidik,
ikutlah beberapa disiplin. Antaranya, solat mesti berjemaah, elakkan membazir
waktu berbuka, menjaga pandangan mata, solat terawih bersama imam yang baca
panjang supaya dapat menghayati bacaan, lazimi sedeqah dan terakhir baca dan
lihat makna ayat-ayat AlQuran." Tomoyuki mengangguk beberapa kali sambil
merefleksi amalan dirinya.
"Tomoyuki! Jom! Kita harus gerak sekarang." Teriak
Yamashita bersemangat.
Bersambung...
Cerpen:"Ramadan
Mendidik Pemuda" 15
Dari Stesen Keretapi Masri, dia menaiki sebuah bas menuju ke Mandarah. Saat melalui Jalan Champelion, Fumio merencana pelan strateginya. Misi yang ditugaskan adalah untuk mencuri pesawat Zero Fighter N106.
Hasil risikan terkini selepas kehilangan jejak dua lelaki Jepun itu menyatakan mereka sedang berada di Perkampungan Karamella. Hanya lima kilometer dari Mandarah. Sebuah pekan kecil di Iskandariah. Bahkan menurut sumber yang sangat Fumio yakini, pesawat yang diburu itu juga disembunyikan disitu.
***
Zero Fighter N106 selamat berlepas menuju Semenajung Arakan. Penerbangan dimulakan dengan doa nan penuh pengharapan. Sirah peperangan dalam Islam yang berlaku dalam bulan Ramadan mengisi perjalanan mereka.
Yamashita yang celik sejarah itulah yang menceritakan satu dua sirah kepada Tomoyuki. Katanya perang pertama yang berlaku untuk mempertahankan Islam juga tercetus pada bulan ini. Itulah perang Badar. Di mana kekuatan 313 orang tentera Muslimin berjaya mengalahkan hampir 1000 tentera Musyrikin Quraisy.
Tokoknya lagi, perang Tabuk juga dibulan Ramadan. Saat itu sangatlah sukar sehingga tentera Muslimin digelar "Jaishu 'Usrah". Walaupun begitu, ketumbukan Muslimin berjaya menundukkan keangkuhan kuasa besar Rom yang memandang rendah dan hina pada kaum Muslimin.
Diselangnya lagi kisah pembukaan wilayah Andalusia. Seorang panglima yang bernama Thoriq bin Ziad waktu itu telah mengukir sejarah dunia apabila memberikan arahan yang cukup luar biasa.
"Sesungguhnya kapal-kapal kita telah dibakar! Ke mana akan kamu lari? Di belakang kalian adalah lautan dan di depan kalian adalah musuh-musuh!"
Dengan tegas Thoriq membakar semangat kepahlawanan yang tidak kenal erti mengalah. Hasilnya tertawanlah Andalusia dibawah panji Islam. Lalu merimbun subur pohonan kemajuan dan kemodenan hingga lahir ramai tokoh ilmuan Islam yang akhirnya mengisi zaman kegelapan Barat. Contohnya Ibnu Baitar tokoh dibidang botani, manakala Ibnu Rusyd pula antara tokoh dalam dunia perubatan.
"Perang Ain Jalut. Satu perang yang menyelamatkan kita." Tegas Yamashita sambil fokus memandu pesawat.
"Kemaraan tentera Mongol sungguh cepat. Selepas dijatuhkan pusat kerajaan Khilafah Abbasiyah... dihancurkan ketamadunan Islam... dibakar Baitul Hikmah... mereka cuba untuk menguasai seluruh daerah Islam." Dia menelan air liur.
"Mujurlah munculnya Sultan Saifuddin Qutuz dari sebuah kerajaan kecil dibawah kerajaan Abbasiyah. Tentera dibawah pimpinannya akhirnya berjaya menyekat kemaraan sekaligus mematikan langkah amuk tentera Mongol. Hasilnya terselamatlah sinar Islam dari dipadamkan. Juga berlaku dalam Ramadan." Yamashita berhenti disitu sejenak.
Zero Fighter N106 mendekati sempadan India-Burma. Pesawat itu bukan seperti ratusan pesawat Zero Fighter yang lain. Jiro Horikoshi sebenarnya telah berjaya menghasilkan 47 buah pesawat istimewa dengan teknologi anti radar atau kalis radar. Namun ia dirahsiakan. Inilah sebab mengapa Fumio begitu bersungguh memburu pesawat milik Yamashita. Di saat pemerintah Amerika, China dan Rusia sedang bersusah payah mencipta prototaip pesawat kalis radar, Jiro Horikoshi rupanya telah menjadi juara membangunkan teknologi itu lebih dahulu.
Ruang udara Semenanjung Arakan diserbu masuk tanpa dikesan radar tentera udara Burma. Bumi itu telah menyaksikan bagaimana minoriti umat Islam yang paling miskin dinegara itu di aniayai. Mereka disekat dari kemudahan pendidikan dan kesihatan.
Bahkan mereka yang hanya empat peratus dari keseluruhan rakyat Burma itu juga turut dibantai dengan teruk. Ramadan mereka berbuka dan bersahur dengan darah ahli keluarga. Solat Fardhu berjemaah dan Terawih mereka diganjarkan dengan peluru-peluru hidup.
Namun, nasib mereka tidak terbela. Kemanusiaan seolahnya tidak ada untuk mereka. Pemerintah sudah buta dari melihat keharmonian hidup pelbagai masyarakat. Perbezaan pegangan agama tidak dapat diraikan. Justeru, beberapa pasukan Elit dari beberapa negara bawah naungan Kesatuan Negara Islam telah dihantar untuk melaksanakan suatu misi besar.
Misi mereka bukanlah untuk membunuh orang awam atau tentera Burma yang menzalimi minoriti etnik Rakhine dan Shan yang memilih Islam sebagai jalan hidup tetapi untuk menghentikan pembantaian itu. Sekaligus memaksa rejim militer mengundurkan diri dari wilayah kecil umat Islam. Selepas itu, akan direncanakan agar sepasukan wakil Kesatuan Negara Islam menemui pemerintah semasa untuk mengadakan gencatan senjata sekaligus mencapai perjanjian damai.
Buat Tomoyuki, Ramadan mengajar dia agar berempati pada kesusahan saudara seagama dan seluruh manusia yang tertimpa kesusahan. Ramadan hadir untuk membuang sifat 'keakuan' yang bersarang dihati-hati manusia. Yamashita dan Tomoyuki benar-benar tekad merisikokan diri demi mengamankan wilayah saudara seagama mereka.
***
Fumio sampai ke Perkampungan Karamella. Setelah bertemu dengan penduduk disitu maka tahulah dia bahawa dia telah gagal untuk kali kedua.

Menurut sejarah, Januari tahun 1944, orang Jepun pernah menang melawan British dibumi Burma. Sekaligus merampas milik. Namun, kemudiannya kalah kepada British semula pada bulan Julai tahun yang sama. Orang Jepun gagal untuk menawan Arakan dari kekuasaan British.
Tetapi pada hari ini, pada bulan Julai 2016, dua orang Muslim berbangsa Jepun antara yang berjaya memelihara keamanan semenanjung arakan.
Misi mereka itu berjaya dicapai seperti direncanakan. Akhirnya wilayah minoriti itu juga dapat nikmati keamanan seperti dunia Islam yang lain.
Yamashita dan Tomoyuki menetap di Arakan buat suatu tempoh. Mereka membantu membina sekolah sebagai pusat perkembangan pendidikan dan hospital sebagai pusat penjagaan kesihatan rakyat awam. Malah mereka mengasaskan sebuah sekolah penerbangan disitu. Diberi nama "YT Aviation Centre"
Namun suatu perkara yg sedih. Yamashita telah kembali ke rahmatullah ketika masih disitu. Tomoyuki pula menjalani kehidupan sebagai sukarelawan sepenuh masa disitu. Dia telah menjadi tenaga mahir pendidik di institusi YT Aviation Centre.
***
Suatu hari, setelah Tomoyuki selesai mengajarkan pelajaran Matematik disebuah sekolah kebajikan anak yatim disitu, dia menegur salah seorang pelajarnya.
"Kau kelihatan begitu tabah dan cekal. Siapa namamu wahai anak muda?" Tanya Yamashita.
"Cikgu tahu nama penguasa kedua kerajaan Empayar Uthmaniyah?" Dia membalas dengan pertanyaan. Namun Tomoyuki tidak menjawab.
"Namanya, Orhan Gazi, anak kepada Osman Gazi dan Malhun Hatun. Datuknya bernama Ertugrul."
"Ayah ibuku telah memuliakan saya dengan nama yang baik dan hebat. Sempena orang hebat."
"Justeru, mereka menamakan saya dengan nama Orhan Razi. Sebelum, ayahku meninggal, ayahlah yang menceritakan asal usul namaku." Sungguh petah bicaranya. Mengalahkan usianya.
"Hebat. Memang sesuai nama itu dengan kamu. Orhan Razi. Sangat hampir dengan Orhan Gazi."
"Apa pula rahsia disebalik kecekalan kamu nak? Cikgu lihat, kamu tidak mudah mengalah dengan pelajaran yang susah. Kamu juga jarang bersungut dengan kesusahan hidup disini."
"Cikgu pasti tahu, kadangkala kita perlu menjadi kuat. Walaupun mungkin kita hanya berlakon sebagai orang yang kuat dan cekal. Demi orang-orang yang tersayang."
"Jujurnya, aku hanya pemuda biasa seperti rakan-rakanku yang lain." Pemuda berusia 15 tahun itu melanjutkan cerita yang lebih dalam.
"Suatu ketika dulu, keluarga kami diserang. Ada orang-orang yang kami sayangi, pergi meninggalkan kami."
"Ada yang kematian ibu, ayah, abang, kakak, adik, nenek dan atuk. Dan saya sendiri kehilangan sepupuku yang paling saya rapat."
"Saya pun turut sama menangis hiba. Kemudian, hadir seorang pemuda gagah, seorang sukarelawan dari Malaysia. Dia menepuk bahuku. Pesannya ringkas, "Kau perlu jadi kuat demi orang-orang yang tersayang yang masih ada didepan matamu."
"Sejak itu, walaupun saya sendiri mulai kehilangan ayah, abang dan kakak namun saya tetap bertahan. Saya cekalkan hati. Saya perlu kuat untuk menjaga ibu dan adik yang masih hidup. Saya paksa diri mencari pelajaran. Kalau saya sendiri tidak kuat, siapalah yang akan memperjuangkan nasib mereka." Bertambah kagum Tomoyuki pada sosok kecil berjiwa besar itu.
"Walaupun sebenarnya, saya bukanlah pemuda yang kuat seperti Cikgu Tomoyuki. Cikgu seorang askar udara. Saya hanya anak yatim." Orhan Razi menangis teresak-esak. Cuba melepaskan sedikit tekanan perasaan yang selama ini dia bendung.
"Maafkan cikgu, Orhan. Maafkan cikgu. Cikgu menyebabkan Orhan kembali sedih." Ujar Tomoyuki sambil menggosok belakang anak muridnya.
"Kamu perlu terus berpegang pada pesan pemuda gagah itu."
"Teruslah kuat demi orang yang kita sayangi. Insyallah, Allah pasti lebih menyayangi kamu. Bersabarlah wahai adikku."
"Siapa nama pemuda gagah itu?"
"Seingat saya, pada tag nama beliau, tertulis nama Diamon Dunrur." Tomoyuki tersenyum mendengar nama itu. Dia kenal siapa pemuda Malaysia itu.
"Cita-cita kamu apabila besar nanti, apa Orhan?"
"Saya mahu jadi doktor cikgu. Doakan saya ya. Saya mahu merawat kesihatan orang-orang Arakan."
***
Ramadan demi Ramadan telah pergi meninggalkan bekas-bekas pendidikan pada diri mereka. Ianya bulan yang mulia. Penuh dengan didikan. Sesiapa yang menuruti dan menerima didikannya, maka untunglah mereka. Namun, jika Ramadan hanya dilalui seperti hari-hari yang biasa maka para pemuda tidak akan mendapat didikan menjadi manusia beriman lagi bertaqwa. Untuk menghayati bulan Ramadan sepenuhnya, tidak dapat tidak para pemuda perlulah tekun mendalami ilmu agama.
-TAMAT-
5 Julai 2016
O. Zainuddin
Memphis, Iskandariah.
...
Disempurnakan pada,
4 Oktober 2018,
Pasir Mas, Kelantan.
Comments
Post a Comment