Cerpen : Senpai Apa Khabar?


     Syukur pada Allah. Perjalanan bas dari Pasir Mas ke Alor Gajah aman dan lancar. Zainuddin dan Fadhlullah kini selamat tiba di kediaman Amir Zahin. Zainuddin teringatkan seorang senior dari batch ACE.

Lantas jemarinya menari-nari atas papan skrin sentuh telefon pintarnya. Senior itu dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

***

O Zainuddin: Salam akhi

O Zainuddin: Ana ad kat rumah amir Z. Alor gajah melaka ni

O Zainuddin: Rumh enta kat mne?

O Zainuddin: Klu ad masa lpang, bleh la jumpa

O Zainuddin: 😅

Huzaifah Hassan: MasyaAllah syeikhhh

Huzaifah Hassan: Sampai melaka dh ye

Huzaifah Hassan: Ana skrg kt hospital ada exam.

O Zainuddin: Ya

O Zainuddin: Ad kat alor gajah

O Zainuddin: Klu kitorg gi hospitl melaka, ad masa x utk jumpa? 😅

O Zainuddin: Klu enta ad masa free la, bleh la jumpa kat cafe hospital ke

Huzaifah Hassan: InsyaAllah2 bole 😄

Huzaifah Hassan: Esok enta ada kt melaka lg x

***

Hari pertama di Melaka, hajat Zainuddin belum kesampaian. Esoknya dia mencuba lagi. Esok hari terakhir di Melaka. Pukul 8.30 malam, insyallah dia akan pulang ke Pasir Mas semula dari AG Sentral.

***

O Zainuddin: Hri ni ad kat melaka lagi

O Zainuddin: Enta cuti ke hri ni?

Huzaifah Hassan: Alhamdulillah

Huzaifah Hassan: Ana cuti hrini

Huzaifah Hassan: Ada brp org tu

Huzaifah Hassan: Enta round melaka ke hrini hehe

Huzaifah Hassan: Nk kemana?

O Zainuddin: Hri ni nk gi akad nikad member alex, Adib afifi. Kat Jasin

O Zainuddin: Pastu jln2 jugk la skit.

O Zainuddin: Mlm ni naik bas 8.30mlm

O Zainuddin: Kat alor gajah

O Zainuddin: Rumh enta kat mane?

***

Zainuddin mencapai telefon Samsung tidak pintar miliknya. Telefon itu hanya untuk membuat panggilan sahaja. Kerana baterinya tahan lama, telefon itu dibawa ke mana-mana sahaja. Menggunakan nombor berbeza lalu dia mendial nombor senior.

***

"Assalamualaikum, ni Dr. Huzaifah ke?" Ujar Zainuddin.

"Waalaikumussalam, ya saya." Nada suaranya terzahir hairan. Nombor siapa pula? Sedangkan dia bercuti hari ini.

"Dr, saya nak refer satu case ni." Ujarnya lagi bernada sedikit serius. Dihujung talian sana, Huzaifah tambah hairan.

"Nak refer case apa ya?" Huzaifah bertanya formal. Mindanya diserbu seribu satu persoalan.

"Saya nak refer case dari Pasir Mas!"

Mendengar kalimah Pasir Mas, lapang legalah hatinya. Sudah dia tahu, siapa si pemanggil. Takkanlah kes Pasir Mas nak di refer ke Hospital Melaka. Pelik benar.

"Ish ish... nakal sungguh Baha ni."

Seusai panggilan itu, mereka berjanji untuk bertemu di majlis walimatul urus saudara Adib.

"Masyallah, lama dop jupo senpai. Apa khabar senpai?" Ujar Zainuddin sambil merangkul hangat senpai Huzaifah.

Disana, Allah pertemukan Zainuddin dan rakan-rakannya dengan senior Huzaifah.
Juga senpai Uzair dari batch i-Mumtaz. Juga merupakan graduan dari Alexandria University. Syukur pada Allah, banyak nasihat bimbingan yang dapat diraih.

Bersempena sambutan Ma'al hijrah 1440, Zainuddin mengajak sekalian rakan agar kita memperkukuhkan jaringan persaudaraan sesama kita. Mari kita menghayati salah satu dari tiga asas utama masyarakat baru Madinah AlMunawwarah yang dirintis oleh baginda Rasulullah saw iaitu PERSAUDARAAN.

- Tamat -
O. Zainuddin
7 Muharram 1440
17 September 2018


Comments

Popular posts from this blog

Cerpen : Hijrah

Smart Circle : Dentistrone ' Apa guna Tazkirah? '

Cerpen: 'Hayati Yang Hilang'