Posts

Showing posts from August, 2020

Cerpen : Hijrah

Image
Tiang utama masjid menjadi pilihan. Ismail bersama sejadah dan pelitup mukanya berteleku di situ. Norma baru ke masjid. Malam hari kedua Bulan Muharram ini, masjid menganjurkan ceramah sempena Tahun Baru Hijrah. Sudah lama Ismail tidak duduk duduk dalam Majlis ilmu atau tazkirah selepas maghrib. Semenjak covid19 melanda negara. Ustaz penceramah memakai baju serba putih dengan rambut dan janggut yang kian memutih. Pesannya... "Sempena sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, kerajaan negeri membawakan tema, Insan Rabbani, Masyarakat Harmoni." Insan Rabbani maksudnya manusia yang gerakkerjanya atau kelakuannya yang mengikut petunjuk Tuhan. Untuk jadi insan rabbani, kita kena bina dalam empat aspek. Rohani/spiritual. Jasmani/Fizikal. Aqli/Mental. Emosi. Nak bina rohani yang rabbani, kita cuba tadabur ayat 112 dari surah attaubah. Terjemahan ayat itu; "(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan meng...