Cerpen: Peninju Kampung
Muaz. Itu nama pemberian atuk kepada anak ke-6 Encik Ismail. Muaz Bin Ismail Bin Yaacob. Membesar bersama atuk membuatkan minat Muaz pada motor sedemikian mendalam. Sedalam cinta Zainuddin pada Hayati barangkali. Encik Ismail walaupun seorang Guru Fizik namun dia gemar pada gusti dan tinju. Suka dia kalau boleh menyaksikan temasya tinju. Barulah jantan katanya. Natijahnya, Muaz di ajar bertinju sedari empat tahun. Sekarang usia Muaz sudah 25 tahun. Pengaruh atuk dan ayah telah mencorakkan hidup Muaz. Peninju Kampung dan Penggila Motor. "Ayah mahu kamu fokus pada latihan tinju. Biar esok-esok kamu akan jadi peninju sehebat Muhammad Ali." Nama Peninju tersohor dunia di ungkit. Itulah peninju nombor satu dihati ayah. Muaz menurut saja walau hatinya lebih berat untuk menjadi pelumba motorsikal. Seringkali juga dia lemah hati memikirnya hala tuju hidupnya. 'Ah kalau tidak boleh menjadi pelumba motor, aku tak mahu hidup lah.' Sering juga dia mengulang be...