Posts

Showing posts from December, 2019

Cerpen: Kasih Ibu Ayah

Image
Ayah dan ibu Ayah dan ibu Itulah permulaan Kami Dapat melihat Bulan Dan matahari Serangkap lirik sebuah lagu nyanyian Allahyarham Sudirman, mengusik rasa. *** SATU Disebuah kedai makan. Udin sedang makan seorang diri. Nasi kerabu ayam berempah jadi pilihan. Nescafé panas jadi hirupan malam. Selang dua meja, Udin melihat gelagat sebuah keluarga. Ibu ayah bersama empat orang anak yang masih anak remaja. Mereka makan semeja. "Ibu nak ibu." Ujar anak kedua bongsu seraya menganga mulut. Tangan si ibu yang penuh kasih sayang, menyuapkan anak makanan. Si anak gembira. Udin diserbu seribu rasa. Mata berkata suatu kehangatan dirasa. Manik jernih seakan mahu terbentuk. Ditahan. Air mata jantan tak jadi keluar namun dihatinya banjir sudah. Udin teringat kasih bonda. "Din, mari sini. Umi suap kuih lompat tikam ni. Sedap ni." Suara ibu bagai bergema. *** DUA Dikedai makan yang masih sama, Udin meneruskan suapan. Nasi kerabu sudah tinggal separuh. Mat...

Cerpen: Petani Di Ulik Mimpi

Image
Musim tengkujuh menjelma lagi. Langit zulumat, guruh kedengaran, kilat sabung menyabung. Selimut pemberian arwah atuk ditarik melitupi badan. Matanya terpejam. Bermula kisah mimpi. Dia berlari laju menuju ke kandang lembu dibelakang kebun. Baru dia teringat, lembunya belum diberi air! Tiba-tiba, dia terpijak cangkul, lalu hulu batang cangkul memukul kepalanya deras dan kuat. Segalanya jadi gelap gelita. Terasa hangat darah merah membasahi kepala. Matanya tak mampu dicelik lagi. "Udin! Udin! Udin!" Jerit abangnya Awang. Cemas. Adiknya Zainuddin ditemui tak sedarkan diri, dengan kepala berlumuran darah. Sepantas halilintar, abangnya menghantar adik kesayangan ke Hospital Golden Sand. *** Matanya bundar. Dirinya gugup. Keyakinan tidak ada. Ilmu dan pengalaman pada paras sifar. Namun entah kenapa, tiba-tiba sang petani muda itu ada di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan. Pelbagai terma perubatan dipelajari dan terpaksa diambil tahu dan faham. CTG. BFHR. BTBV. ACC. DE...