Cerpen: Siapa Aku Sebenarnya?
Di kala senja merangkak pergi, Khairul Syabab bersama ahli PCI yang lain mulai bergerak menuju ke sebuah destinasi mesyuarat agung tahunan PERUBATAN kali ke-11. Hatinya sebenarnya gusar dan resah. Masih terfikir-fikir siapakah dirinya? Mengapa dia melakukan semua ini? Bas sederhana besar itu terus membelah lebuhraya Iskandariah-Kaherah. Khairul Syabab tetap terus termenung. Pandangannya dibuang ke luar jendela. Kosong. Sesekali, notifikasi telefon bimbit mengganggu lamunan. Bersepai. Lalu dicantum semula. 'Siapa aku sebenarnya?' 'Mengapa aku perlu menyusahkan diri sendiri?' 'Bukankah lagi seronok dan tenang kalau hanya duduk dirumah sambil melayan filem-filem aksi atau berteleku sahaja di tikar sejadah sambil mengulang baca surat-surat cinta dari Allah?' Khairul Syabab monolog seorang diri. Firdaus mengusik temannya yang sedang jauh mengelamun. " Teringat kat adik-adik kat kampung ke Syabab ? Nampak jauh sungguh termenung tu." Syabab ters...