Posts

Showing posts from October, 2018

Puisi: Apa Perasaan Mu?

Ketika kau kepenatan, anakmu datang memicit tangan dan kaki, Mengurut sendi yang lenguh. Dikala kau sendirian, Anakmu menghubungimu dihujung talian, Bertanya khabar dan mengucap rindu dari kejauhan. Pada tanggal hari besar, Anakmu pulang ke rumah tempat membesar, Demi merayakan hari indah bersamamu. Pada tiap bulan, Kiriman wang kau terima, Jumlahnya tidak kau persoalkan, Datang dari anakmu yang sudah berkerjaya. Jarang-jarang dalam selang masa, Sampai juga buah tangan, Kiriman dari anakmu yang masih diperantauan. Jika kitalah yang menjadi ibu atau bapa, Yang menerima kebaikan-kebaikan begitu, Apakah perasaan mu? Zainuddin, Anak muda yang sedang membesar. 6 Oktober 2018.

Cerpen : Ramadan Mendidik Pemuda

Image
Cerpen:"Ramadan Mendidik Pemuda" 1.0 Senja itu tenang sahaja. Riuh-rendah dan hiruk-pikuk hari-hari semalam sudah hilang dibasmi Ramadan. Belum lagi azan Isyak berkumandang, Yamashita dan Tomoyuki sudah pun melangkah masuk ke Masjid Nur Islam. Malam pertama berterawih mahu mereka jadikan permulaan yang baik. Bukan mereka berdua sahaja, malah setiap lapisan masyarakat di bumi ini turut teruja den gan hadirnya Ramadan. Dalam damai yang penuh, mereka mengangkat takbir memulakan Solat Isyak. Disusuli dengan empat rakaat Terawih. Kemudian mereka berehat seketika. "Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." Ujar Imam Hasan dalam tazkirah ringkasnya itu. Para jemaah kembali bersemangat untuk meneruskan baki empat rakaat. "Yamashita... kamu masih laratkan untuk meneruskan Solat Terawih?" Tomoyuki cakna akan rakann...